Imej Pluto Tunjuk Wujudnya Gunung Berapi Ais, Laut Di Bawah Permukaan Mungkin Masih Wujud

Prob angkasa lepas New Horizons telah menghantar beberapa pemandangan dari ruang tersebut yang melihatkan rupa Pluto semasa penerbangannya pada 2015.


Dalam imej tersebut, NASA mendapati sebuah gunung dinamakan Wright Mons mungkin ialah sebuah gunung berapi ais atau juga digelar cryovolcano.


Gunung berapi ini dipercayai masih aktif seperti mana 100-200 juta tahun dahulu, dari segi geologi, agak muda, terang Kelsi Singer salah seorang saintis terlibat.




"Bahan berais mungkin lebih sekadar campuran ais cair dan air atau semacam ubat gigi semasa ia mengalir keluar dari gunung berapi ke permukaan Pluto," kata Singer.


"Ia sangat sejuk di permukaan Pluto sehingga cecair tidak boleh kekal lama di sana. Disebabkan itu, kadang-kala, muntahan gunung berapi kemudiannya membentuk kubah besar yang kita lihat, serta bentuk permukaan berketul-ketul yang terdapat di sana."





Selain Wright Mons, sebuah lagi gunung yang dipercayai gunung berapi ais juga ialah Piccard Mons.


Wright Mons ini boleh dikatakan mempunyai saiz yang sama seperti gunung berapi Mauna Loa di Hawaii iaitu salah sebuah gunung berapi terbesar di Bumi.


Singer juga berkata hal ini membuktikan Pluto mempunyai haba dalaman yang lebih berbanding apa yang dipercayai saintis sebelum ini.


"Kita telah jumpa gunung berapi berais yang sangat besar yang tidak pernah ditemui dalam sistem solar," tambah Singer.


Planet kerdil ini dahulunya pernah mempunyai laut di bawah permukaannya, jadi penemuan gunung berais ini membuka kemungkinan bahawa lautan ini masih wujud hingga sekarang dan paras airnya lebih hampir pada permukaan.




Ini semua meneruskan lagi persoalan tentang potensi planet itu sebagai sebagai habitat.


Dikatakan saiz gunung-gunung ini boleh mencapai sehingga 7 kilometer tingginya.


Pluto telah dinyah senarai daripada status 'planet' pada 2006 selepas International Astronomical Union memberi definisi baharu untuk 'planet'.

Sumber: CNN

Baca juga: