Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Instagram Muhasabah Diri Selepas Dikecam Gigih Tiru TikTok, Henti Sementara Beberapa Ciri

Posted on Julai 29, 2022Julai 29, 2022

Instagram memaklumkan mereka akan berhenti menguji ciri pemaparan gambar dan video skrin penuh dan akan mengurangkan kiriman cadangan (recommended post). Semua ini akan berlaku dalam masa 2 minggu.

Ini berikutan tular kiriman dalam kalangan pengguna yang menggesa Instagram mengekalkan jati diri dan berhenti menjadi TikTok 2.0.

Beberapa hari lalu, Adam Moserri, Ketua Instagram memberi respons terhadap aduan pengguna bahawa Instagram kini lebih banyak memaparkan kandungan yang mereka tidak ikuti.

Waktu itu, Adam mempertahankan apa yang sedang dilakukan Instagram. Kebanyakan pengguna memberi reaksi negatif pada video tersebut.

Pergerakan ini mula tular seluruh dunia selepas selebriti Kim Kardashian berkongsi (repost) kiriman tersebut yang berslogan “Make Instagram Instagram Again”. Grafik tersebut asalnya dicipta oleh @illumitati.

Terbaru, keputusan telah diambil dan ia seperti sebuah kemenangan bagi pengguna.

“Kami gembira kami ambil risiko. Kalau kami tidak gagal sekali-sekala, bermakna kami tidak berwawasan atau berani,” kata Adam.

Menjawab soalan Platformer, Adam mengakui sebahagian kecil pengguna yang menggunakan Instagram dalam mod skrin penuh tidak menyukai rekaan baharu itu.

Mod skrin penuh ini merujuk pada pemaparan gambar dan video dalam skrin penuh seakan-akan Instagram Stories atau TikTok.

Berkenaan tumpuan pada kandungan video yang dilihat meniru TikTok pula, Adam berkata berdasarkan data, sememangnya ada pertumbuhan positif.

Ini bermakna walaupun ramai mengadu tentangnya, tetapi secara keseluruhan, ramai lagi pengguna yang suka dan selesa dengan kandungan berformat video pendek platform itu.

Adam bagaimanapun berkata dia faham dengan perasaan mereka yang lebih selesa dengan kandungan yang tertumpu pada foto saja.

“Kami akan selangkah ke belakang dan berbincang. Banyak benda kami belajar, kami akan kembali dengan idea baru atau seumpamanya,”Adam terus optimis.

Instagram juga berjanji mereka akan mengurangkan recommended post walaupun tidak menyatakan dalam angka.

Mark Zuckerberg tempoh hari mendedahkan bahawa recommended posts and accounts sekarang menjumlahkan sehingga 15% di Facebook dan ia lebih tinggi di Instagram.

Menjelang 2023, angka ini akan meningkat ke 30%, kata beliau.

Apa-apapun, jangan terlalu gembira kerana ini Instagram mengesahkan ini hanya sementara.

Kita tidak tahu apakah langkah Instagram seterusnya sebab walau apa pun rungutan diterima, mereka tetap perlu menyaingi TikTok.

Gambar utama: Digital Camera World
Sumber: Platformer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress