Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
downvote twitter 1

Selepas iOS, Butang ‘Downvote’ Kini Diuji Di Twitter Versi Web

Diterbitkan Oktober 25, 2021 · Dikemas kini Oktober 25, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Hari demi hari melihatkan setiap platform sosial memperkenalkan ciri baharu seperti Stories, ciri perbualan audio, menyembunyikan balasan dan lain-lain demi menyaingi pesaing mereka. Pun begitu, dalam usaha mereka menambah baik pengalaman pengguna, ada juga beberapa fungsi yang dihentikan seperti Fleets di Twitter.

downvote twitter 2

Dalam usaha baru memahami pengalaman pengguna di platform mereka, Twitter kini meluaskan eksperimen mereka dengan mula menguji butang ‘downvote’ di web setelah sebelum ini telah pun memulakannya di iOS sejak Julai lalu.

Bagi yang tertanya-tanya tentang fungsi ‘downvote’ ini, ia seperti butang ‘dislike’ namun lebih kepada membantu algoritma memahami bagaimana pengguna lain berinteraksi dengan sesebuah kandungan.

downvote twitter web

Apabila pengguna menekan ‘downvote’ pada satu-satu ciapan, ia sama sekali tidak akan didedahkan pada pemilik ciapan tersebut, tidak seperti fungsi Retweet atau Favourite. Identiti pengguna yang menekan butan ‘downvote’ ini juga tidak akan diketahui sesiapa.

Buat masa ini, masih belum ada maklumat sahih bila fungsi ini akan diuji di platform Android.

Sumber: Jane Manchun Wong

Baca juga:

  • iOS 15.1 – Ini Apa Yang Baharu
  • Twitter Spaces Kini Boleh Dihos Oleh Semua Pengguna
  • Tiada Lagi Fleets Atau “Stories” Di Twitter Bermula 3 Ogos
  • Kajian Twitter Mendapati Ciapan Provokasi Dapat Banyak Sambutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY