Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Perlu Lagi Ke Bank, Anda Boleh Buat ‘Loan’ Rumah Hanya Guna MAE

Selepas CIMB, Kini Maybank Pula Mudahkan Anda Bekukan Akses Terhadap Maybank2U Dan MAE

Diterbitkan Januari 30, 2023 · Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam versi aplikasi MAE terbaru, anda kini sudah boleh menyahaktifkan akaun Maybank2U untuk menghentikan akses melalui M2U dan MAE.

Kemas kini MAE anda daripada gudang aplikasi (App Store/Play Store/AppGallery) kemudian dalam tab Maybank2U, tekan butang 3 titik.

mae maybank kill switch sekat akses (1)

Butang ‘Kill Switch’ tersebutlah yang akan menyekat segala akses terhadap Maybank2U.

Diingatkan, apabila anda melakukannya, anda sendiri juga akan hilang akses M2U dan MAE melalui laman web dan aplikasi.

Ini bermakna aplikasi yang sedang gunakan untuk tekan ‘Kill Switch’ juga tidak boleh mengakses akaun anda selepas itu.

mae maybank kill switch sekat akses (2)

Namun, ‘kill switch’ ini tidak akan menghentikan:

  • Transaksi yang telah dijadualkan (termasuk autodebit)
  • Penggunaan kad seperti pengeluaran wang di ATM
  • Pembayaran melalui kad fizikal (termasuklah Apple Pay, Samsung Pay).

Untuk mengaktifkan semula akaun Maybank2U anda, ia perlu dilakukan melalui panggilan telefon dan di cawangan bank terdekat sahaja.

Anda tidak boleh lakukannya melalui dalam talian seperti tadi.

mae maybank kill switch sekat akses (3)

Anda harus faham nyahaktif terhadap akses tidak membekukan akaun bank anda. Justeru, ada transaksi atau aktiviti kewangan yang tidak libatkan MAE/M2U masih dibenarkan berjalan.

Melalui pecubaan kami, ciri Kill Switch ini hanya terdapat di aplikasi MAE, tidak di aplikasi M2U mahupun laman web Maybank2U

Terdahulu, CIMB turut memperkenal ciri yang sama di aplikasi CIMB Clicks dan OCTO dengan butang ‘Lock Clicks ID’.

Berkaitan

  • Keluar Duit ATM Dengan Imbas Kod QR Di MAE, Ini Cara Aktifkannya
  • Semua Pengesahan DuitNow Transfer Dan 'Favourite' Di Aplikasi MAE Perlu Guna Secure2u Bermula Minggu Depan
  • DuitNow Request Mudahkan Anda Kutip Hutang - Kini Disokong MAE
  • Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk 'Log In' Pertama Kali Di Telefon Baru, Kuat Kuasa Hari Ini
  • Ini Cara Bekukan Akaun Bank Melalui Aplikasi CIMB Clicks Serta-Merta Jika Ada Transaksi Curiga
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY