Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

KKM Jelaskan Mengapa Tidak Perlu Jalani Ujian Selepas Tamat Kuarantin

Posted on Mac 7, 2022Mac 10, 2022

Malaysia telah mencatatkan sehingga lebih 33 ribu kes harian sejak varian Omicron melanda. Sanak saudara dan rakan taulan semakin ramai dijangkiti sehingga sesetengahnya beranggapan mereka juga akan turut dijangkiti kelak, hanya masa yang menentukan.

Tan Sri Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa individu yang disahkan positif COVID-19 tidak perlu menjalankan ujian COVID-19 sejurus selepas tamat kuarantin.

Hal ini kerana ujian PCR sangat sensitif dengan kehadiran virus tersebut namun virus yang masih berbaki dalam badan sudah tidak dapat membiak mahupun disebarkan kepada orang lain, jelas beliau.

Ujian RT-PCR dapat mengesan genetik virus dalam saluran pernafasan sehingga 3 bulan lamanya selepas seseorang dijangkiti.

Jadi, ia agak membazir jika anda melakukan ujian PCR yang agak berkos tinggi dalam tempoh ini. Tambah pula, badan kebiasaannya sudah mempunyai ketahanan terhadap virus tersebut selepas anda dijangkiti.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan ujian RTK-Ag mampu mengesan jangkitan pada hari ke-3 sehingga ke-7 selepas individu terdedah pada virus manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari ke-2 sehingga ke-14.

Ini cara untuk melaporkan keputusan ujian kendiri melalui MySejahtera.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Buka Sempadan Mulai Mac, Thailand Sahkan Mereka Iktiraf MySejahtera
  • Malaysia Luluskan Ubat COVID-19 Tapi Bukan Pengganti Vaksin
  • Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress