Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pesakit Dengan Mata Bionik Mungkin Buta Semula Selepas Tiada Kemas Kini Perisian

Posted on Februari 17, 2022Februari 17, 2022

Dengan teknologi yang semakin pantas berkembang, manusia bukan sahaja berhibur malah merawat penyakit yang tidak mempunyai penawar.

Menurut Merriam-Webster, ‘bionic’ bermaksud ‘mempunyai keupayaan atau prestasi biologi normal yang dipertingkat oleh peranti elektronik atau elektromekanikal’.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula mentakrifkan bionik ialah ilmu yg berkaitan dengan reka bentuk dan pembuatan perkakasan elektronik yang fungsi atau kendaliannya serupa dengan fungsi atau kendalian sesuatu sistem biologi.

Sebuah peranti yang dinamakan Argus II dibangunkan oleh syarikat Second Sight Medical Products antara yang berjaya memberi sedikit penglihatan kepada mereka yang buta. Diluluskan oleh FDA pada 2013, ia bukanlah sepenuhnya memberi penglihatan seperti orang yang celik namun cukup baik untuk membantu mereka yang buta.

Peranti ini terdiri daripada cermin mata khas yang dilengkapi kamera dan unit pemproses, pemancar yang boleh diklip pada pinggang dan implan yang ditanam di mata.

Video yang dirakam akan ditukarkan kepada denyutan elektrik untuk merangsang sel retina yang masih berfungsi. Walaupun tidak memberi imej seperti dunia sebenar namun ia membantu mereka melintas jalan dan melihat bentuk-bentuk yang asas.

Disangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. Pada tahun 2019, syarikat yang kini hampir muflis ini telah meninggalkan Argus II dalam usaha membangunkan peranti dengan teknologi yang lebih terkini.

Sekitar 350 pengguna Argus II kini seumpama terkapai-kapai kerana apa yang dijanjikan sebelum ini telah terbengkalai. Tiada kemas kini perisian, tiada lagi baik pulih jika alami kerosakan. Satu wayar rosak dan mereka berkemungkinan buta semula.

Lebih teruk lagi, kos untuk menanggalkan implan ini memakan kos yang begitu tinggi dan prosesnya sangat menyakitkan. Jika Argus II yang rosak ditinggalkan saja dalam badan, ia boleh menjejaskan kesihatan dan mengganggu prosedur seperti MRI.

Teknologi terbaru yang dimaksudkan diaplikasikan pada implan yang baru iaitu Orion. Ia menggunakan cermin mata dan kamera yang sama namun ia terus merangsang otak berbanding mata.

Sumber: Business Insider India, IEEE Spectrum

Baca juga:

  • Suhu Di Seluruh Dunia Akan Meningkat Dan Bumi Alami Masa Siang Dan Malam Sama Panjang Pada Mac Dan September Nanti
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Saintis Berjaya Cipta “Ikan” Daripada Jantung Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress