Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
planet zuhal saturn

Selepas Marikh, Ahli Astronomi Mahu NASA Jadikan Zuhal Sebagai Prioriti Baru

Diterbitkan April 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Setiap 10 tahun, jurnal National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine akan melakukan tinjauan dan mengambil pendapat daripada komuniti pakar angkasa untuk dicadangkan pada NASA.

Dalam laporan terbaru, panel saintis meminta NASA untuk menjadikan planet Zuhal (Saturn) sebagai keutamaan baharu untuk 2023 sehingga 2032.

Terdahulu, pada 2011 mereka telah meminta NASA mengumpulkan batu terpilih dari Marikh untuk mengkaji jika pernah ada kehidupan di sana.

Selepas Marikh, Ahli Astronomi Mahu NASA Jadikan Zuhal Sebagai Prioriti Baru
Enceladus, bulan Zuhal. Sumber: NASA

Untuk rekod, kita tidak pernah mendaratkan apa-apa prob dan sebagainya di sana. Kali pertama dan terakhir ialah kapal Voyager 2 yang menghampiri planet tersebut pada jarak 81,593km pada 1986.

Hasilnya, saintis berjaya mengesan bulan dan cincin di sekelilingnya. Saintis teruja untuk meneroka Zuhal memandangankan tiada pihak dari Bumi pernah mengkajinya secara langsung melainkan tinjauan Voyager lebih 30 tahun dulu.

Penyelidik berpendapat kajian mendalam tentang Zuhal boleh membantu mereka memahami dengan lebih baik banyak objek bersaiz serupa yang kini ditemui di sekitar bintang lain.

Uranus ialah planet kedua terbesar dalam Bima Sakti dan mempunyai sebanyak 10,759 hari dalam setahun.

Sumber: BBC, NPR

Baca juga:

  • Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk
  • Saintis Jumpa Cara Untuk Jadikan Sel Kulit 30 Tahun Lebih Muda
  • Meninggal Ketika Kajian, Saintis Temui Apa Otak Lakukan 15 Minit Semasa Nazak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY