September lalu, Samsung dilaporkan bakal menawarkan siri tablet Galaxy Tab S8. Dijangka siri ini turut hadir dengan model ultra. Menariknya, tablet model ultra ini dikatakan mempunyai skrin dengan bezel sangat nipis, panel AMOLED dan bersaiz 14.6 inci.
Terbaru, onleaks yang telah mendedahkan bayangan peranti siri Galaxy S22 kali ini berkongsikan gambaran tablet Galaxy Tab S8 Ultra.
Mirip yang dilaporkan ice universe sebelum ini, tablet tersebut dilengkapi skrin bersaiz besar serta bezel nipis. Namun, perkara yang mengejutkan ia turut mempunyai takuk pada bahagian sisi yang menempatkan kamera.
Mengapa perkara itu mengejutkan kerana Samsung yang dahulunya gemar memerli Apple terhadap takuk. Akan tetapi, mereka mungkin terpaksa mengikut jejak Apple. Kamera di takuk tersebut mungkin bersaiz 8MP.
Bagaimanapun, Samsung berkemungkinan tidak menggunakan takuk dan akan mengekalkan paparan berlubang seperti mana dalam peranti mereka yang lain.
Dari segi spesifikasi pula, dijangka Galaxy Tab S8 Ultra didatangkan skrin AMOLED 120Hz, bateri 12000mAh, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman 256GB atau 512GB dan dikuasakan cip Exynos 2200.
Sumber: 91mobiles
Baca juga:
-
Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition – Pilih Warna Telefon Ikut Cita Rasa Sendiri
-
Mungkin Benar Rekaan Galaxy S22 Ultra, Imej ‘Case’ Telefon Itu Didedahkan