Pada 20 Oktober depan, Samsung telah pun menjadualkan acara Galaxy Unpacked Part 2. Sepatutnya, semasa hari tersebut ramai yang menjangkakan peranti Galaxy S21 FE yang bakal diperkenalkan.
Namun, kini terdapat laporan yang mendakwa pelancarannya ditunda sekali lagi, iaitu pada 11 Januari 2022 pula.
Malah, laporan tersebut daripada individu yang sememangnya dikenali seperti Jon Prosser, Max Weinbech dan juga Ross Young. Masing-masing mempunyai pendapat yang sama.
Samsung’s S21 FE is delayed until January, as far as I know.
Launch is rescheduled for January 11, 2022.
— Jon Prosser (@jon_prosser) October 14, 2021
Bagaimanapun, perkara tersebut pernah dikhabarkan SamMobile yang mana mereka juga menjangkakan telefon pintar mampu milik Galaxy S21 FE ini akan membuat kemunculan pada tahun hadapan.
Oleh itu, jika benar, berkemungkinan Galaxy S21 FE diumumkan bersama-sama peranti siri Galaxy S22 atau mungkin telefon Galaxy S22 turut ditunda?
Tambahan lagi, Galaxy S21 FE perlu ditawarkan dengan harga yang lebih baik agar mampu menarik minat orang ramai. Ini kerana spesifikasinya agak sedikit ketinggalan untuk tahun 2022.
Walau apa pun, apakah yang akan dilancarkan Samsung pada minggu hadapan?
Sumber: SamMobile
Baca juga:
-
Samsung Galaxy Buds Live – Kaya Dengan Ciri Tapi ‘Kureng’ Pada Bunyi
-
OnePlus 9RT Rasmi Dengan Cip Snapdragon 888 Dan Kamera IMX766
-
Mungkin Benar Rekaan Galaxy S22 Ultra, Imej ‘Case’ Telefon Itu Didedahkan