Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition

Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition – Pilih Warna Telefon Ikut Cita Rasa Sendiri

Diterbitkan Oktober 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Telefon boleh lipat Samsung – Galaxy Z Flip3 dilihat banyak menarik minat ramai pengguna tahun ini sejak ia dilancarkan pada Ogos lepas.

Dengan memilikinya, secara tidak langsung pemiliknya mampu membuat orang sekeliling kagum. Namun, pengguna selepas ini boleh “flex” dengan jauh lebih bergaya.

Hal ini kerana Samsung baru sahaja mengumumkan Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition. Peranti ini tidak mempunyai perubahan di dalamnya. Akan tetapi Samsung kini menawarkan penggunanya untuk memilih warna mengikut cita rasa yang diingini.

Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition – Pilih Warna Telefon Ikut Cita Rasa Sendiri

Jika dahulu Galaxy Z Flip3 mempunyai warna Cream, Phantom Black, Green dan Lavender, pembeli baharu boleh memadankan warna berdasarkan kehendak masing-masing.

Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition – Pilih Warna Telefon Ikut Cita Rasa Sendiri

Anda boleh memilih warna pada kerangka atas, kerangka bawah, bingkai peranti dan Samsung mengatakan terdapat 49 kombinasi unik yang boleh dipilih.

Tidak terhenti di situ, Samsung turut memberikan kotak yang direka khas untuk edisi baharu ini. Untuk berbuat demikian, pengguna hanya perlu membuat pesanan di laman rasmi Samsung.

Pada masa yang sama, Samsung juga menawarkan edisi tersebut buat peranti Galaxy Watch 4.

Apa-apa pun, telefon tersebut dijual pada tanda harga USD1099 (~RM4584) tetapi ia terhad buat pasaran Korea, UK, Jerman, Perancis, Kanada, Amerika Syarikat dan Australia terlebih dahulu.

Baca juga:

  • Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE Kini Dilapor Ditunda Lagi

  • Mungkin Benar Rekaan Galaxy S22 Ultra, Imej ‘Case’ Telefon Itu Didedahkan

  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY