Siri Samsung Galaxy S22 merupakan telefon baharu yang mungkin akan dilancarkan dalam beberapa bulan dari sekarang. Terdahulu, kerangka (case) bagi peranti paling berkuasa Galaxy S22 Ultra juga telah didedahkan yang mana ia mirip siri Galaxy Note.
Terbaru, Front Tron mengatakan barisan telefon baharu tersebut tidak akan ada slot kad mikroSD dan mungkin penawaran memori serta storan dalaman adalah sama seperti siri Galaxy S21.
Selain itu, beliau turut mendedahkan imej komputer berkaitan peranti itu. Berdasarkannya, Galaxy S22 dan Galaxy S22 Pro akan hadir dengan modul kamera yang hampir serupa dengan model terdahulu.
Your first look at…
S22 (Rainbow) Series
dimensions and S-Pen slot + buttons + slot positions overview pic.twitter.com/XfBgnhcdRk— Tron ❂ (@FrontTron) October 16, 2021
Di sini juga nampaknya Samsung berkemungkinan memberi penamaan baharu yang mana Galaxy S22 Pro berbanding Galaxy S21+. Namun, belum pasti adakah ia benar atau tidak.
This is the first time we have seen the Tempered Glass Screen Protector of Galaxy S22 and S22 +. We can find that they are more rounded and slightly fatter than S21 series. pic.twitter.com/3BhneQsSTq
— Ice universe (@UniverseIce) October 15, 2021
Ini kerana Ice Universe berkongsikan gambar kaca bajaan (tempered glass) bagi kedua-dua telefon tersebut. Selain penamaannya masih sama, ia juga dilihat paparannya lebih luas dan hampir tiada bezel.
Bergerak pada model tertinggi, Galaxy S22 Ultra pula masih menunjukkan rekaan yang pernah diperlihatkan sebelum ini, iaitu modul kamera berbentuk “P” dan hadir dengan slot S Pen terbina di dalam.
Sumber: FrontTron, Ice Universe
Foto utama: OnLeaks x 91mobiles
Baca juga: