Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, Mungkin Skrin Bezel Nipis Dan OLED 14 Inci

Posted on September 17, 2021

Sekiranya ramai yang sudah teruja dengan kehadiran Mi Pad 5 buat pasaran tempatan minggu hadapan, Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy Tab S8.

Bukan kali pertama kita dengar khabar angin mengenainya, sebelum ini pun terdapat spekulasi ia menggunakan cip pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 898.

Kini, laporan menyatakan Samsung bakal menampilkan teknologi BRS atau Border Reduction Structure. Ia merupakan sebuah teknologi yang mana paparan lebih luas dengan bezel yang sangat nipis pada peranti.

Namun, belum pasti adakah teknologi tersebut benar-benar matang untuk digunakan pada tablet terbaru mereka termasuk siri Galaxy S22 nanti.

Galaxy Tab S8 Ultra SM-X906B 2960×1848 14.6" 11500mAh

— I'm back! (@UniverseIce) September 16, 2021

Walau bagaimanapun, dijangka tiga varian yang akan ditawarkan Samsung dan paling berkuasa adalah Galaxy Tab S8 Ultra. Namanya juga sesuai dengan spesifikasi yang mungkin diberikan.

Ini kerana ia dikatakan dilengkapi paparan OLED beresolusi 2960×1848 dengan kadar segar semula 120Hz dan berukuran 14 inci. Skrin ini umpama sebuah komputer riba standard di pasaran.

Selain itu, tablet itu mungkin turut didatangkan bateri sebesar 11500mAh bersama-sama pengecasan 45W. Apa apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber: gsmarena, notebookcheck

Foto utama: notebookcheck

Baca juga:

  • Telefon Dan Tablet Baru Xiaomi Akan Masuk Malaysia Minggu Hadapan
  • Samsung ‘Bahan’ Apple
  • Samsung Galaxy Flip 3, Buat Kami Terkenang Phone Lipat Dulu-Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress