Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CAD iPhone 15

Imej Komputer Didedahkan, Mungkin Ini Rekaan iPhone 15

Diterbitkan Februari 23, 2023 ยท Dikemas kini Februari 23, 2023 oleh Amalina Athman

Jika diperhatikan, masih ada beberapa bulan lagi sebelum Apple memperkenal siri iPhone 15. Namun kini, rekaan komputer atau CAD yang didakwa milik iPhone 15 telah didedahkan.

Berkaitan

  • Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro
  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar
  • Apple Dikatakan Telah Peroleh Semua Bekalan Cip 3nm TSMC

Berdasarkan perkongsian 9to5Mac, ia memperlihatkan perubahan ketara pada iPhone 15 iaitu Dynamic Island yang akan menggantikan paparan bertakuk.

Seperti sedia maklum, ciri ini pertama kali diperkenalkan pada model iPhone 14 Pro tahun lalu. Bagi tahun ini, Apple dijangka bakal menampilkan ciri Dynamic Island untuk semua model dalam barisan siri iPhone 15.

iPhone 15 Pro CAD
iPhone 15 CAD_2

Selain itu, Apple nampaknya turut mengekalkan tetapan dua kamera untuk iPhone model asas. Sementara lensa ketiga dan LiDAR masih eksklusif untuk model iPhone Pro.

iPhone 15 15 PRO CAD_2

Sejak sekian lama, ramai yang tertanya bila Apple akan beralih ke port pengecasan USB-C, seperti yang ditawarkan pada MacBook dan iPad. Kini, fail CAD memperlihatkan iPhone 15 akhirnya akan menggunakan USB-C sebagai port pengecasan.

iPhone 15 PRO 15 CAD_2
iPhone 15 Pro kiri, iPhone 15 kanan

Antara lainnya, iPhone 15 juga dikatakan hadir dengan saiz paparan baharu iaitu 6.2-inci berbanding 6.1-inci sebelumnya. Butang fizikal juga masih dikekalkan pada iPhone 15, yang mungkin bermakna Apple hanya akan menawarkan butang solid-state khusus untuk model iPhone 15 Pro.

Bagaimanapun, perlu diketahui rekaan iPhone 15 yang didedahkan ini bukanlah muktamad dan boleh berubah sebelum pelancaran rasmi yang dijangka pada September kelak.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY