Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 14 pro (16)

Ura-Ura: Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Dijangka Hadir Pada iPhone 15 Pro

Diterbitkan Januari 3, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam laporan penyelidikan yang dikeluarkan hari ini untuk firma Hong Kong, Haitong International Securities, penganalisis Jeff Pu telah menggariskan beberapa jangkaan untuk barisan iPhone 15 terutamanya bagi model Pro.

Menurutnya, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dijangka akan dilengkapi beberapa ciri baharu, termasuk bingkai titanium, butang solid-state dengan maklum balas haptik dan sebagainya.

Berkaitan

  • Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi
  • Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia
  • Foxconn Dilapor Takkan Jadi Pembekal Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Dan 'Ultra'
  • Cip A17 Bionic Untuk Siri iPhone 15 Lebih Fokuskan Hayat Bateri Daripada Prestasi
  • Ura-Ura: iPhone 15 Dan 15 Plus Mungkin Dilengkapi Salah Satu Ciri Kamera Yang Sama Seperti Model Pro

Apple dijangka bakal menampilkan bingkai titanium serta butang pelaras suara dan kuasa yang mempunyai maklum balas haptik dengan dua Taptic Engines tambahan untuk model Pro.

Bukan perkara baharu, jangkaan Pu adalah selari dengan laporan ShrimpApplePro sebelum ini yang menyatakan Apple mungkin menggunakan bahan titanium sebagai bingkai iPhone 15 nanti.

Selain itu, Pu menjangkakan model Pro akan hadir dengan 8GB RAM, yang ketika ini ditawarkan sebanyak 6GB pada model iPhone 14 Pro. Tambahnya, kedua-dua model iPhone 15 Pro akan dikuasakan cip A17 Bionic berasaskan pemproses 3nm yang dikeluarkan oleh TSMC.

Sementara itu, iPhone 15 dan 15 Plus pula akan dijana cip A16 Bionic dan 6GB RAM. Secara keseluruhan, semua model iPhone 15 mungkin dilengkapi port USB-C serta modem Snapdragon X70 untuk 5G dan LTE.

Seperti ura-ura sebelumnya, iPhone 15 Pro Max atau “Ultra” dijangka tampil dengan lensa telefoto bersama teknologi periskop untuk zum optik.

Menurut MacRumors, Pu mempunyai rekod yang bercampur dalam ramalan perancangan Apple. Bagaimanapun, maklumat yang dikongsikan mengenai iPhone 15 pada hari ini kebanyakannya telah dikhabarkan oleh beberapa pihak sebelumnya.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, barisan iPhone 15 dijangka akan dilancarkan pada September kelak. Sehingga itu, nantikan lebih banyak khabar mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY