Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solid state iPhone

Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang ‘Solid-State’

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Oktober tahun lalu, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo telah menyatakan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max (atau dipanggil sebagai iPhone 15 Ultra) akan dilengkapi butang dari jenis solid-state, iaitu sama seperti butang home pada iPhone 7, 8, SE2 & 3 bagi menggantikan butang fizikal atau mekanikal sedia ada.

Terbaharu, Kuo sekali lagi mengulangi bahawa butang kuasa dan laras suara (volume) bagi kedua-dua model itu akan menggunakan rekaan butang solid-state dengan Taptic Engine tambahan untuk mensimulasikan maklum balas haptik apabila butang ditekan, yang membuatkan pengguna berasa seolah-olah menekan butang fizikal.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Mungkin Guna Butang 'Volume' Sama Jenis Seperti 'Home Button' iPhone 7
  • iPhone 15 Dilapor Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal
  • Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island

Dalam satu siri ciapan di Twitter hari ini, Kuo menyatakan bahawa Cirrus Logic sebagai pembekal eksklusif cip Taptic Engine untuk iPhone akan mendapat manfaat daripada perubahan itu.

(3/5)
As the exclusive supplier of Taptic Engine's controller IC for solid-state buttons, Cirrus Logic stands to benefit markedly from this new design. If users respond well to this new design, I think it may be adopted in other high-end models of product lines in the future.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) January 11, 2023

Tambahnya, jika pengguna memberikan maklum balas positif terhadap reka bentuk baharu itu, ia mungkin akan diguna pakai dalam model produk mewah lain, seperti iPad Pro dan Apple Watch Ultra pada masa hadapan.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Gambar utama: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY