Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IBM AMD

IBM Berganding Dengan AMD Bangunkan Superkomputer Kuantum Generasi Baharu

Diterbitkan Ogos 27, 2025 oleh Amsyar Latif

IBM dan AMD mengumumkan kerjasama membangunkan seni bina pengkomputeran generasi baharu berasaskan gabungan komputer kuantum dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), dikenali sebagai quantum-centric supercomputing.

Inisiatif ini menyatukan kepakaran IBM dalam komputer kuantum paling berkuasa di dunia dengan kepakaran AMD dalam CPU, GPU dan pemecut AI.

Matlamatnya adalah untuk menghasilkan platform sumber terbuka yang boleh diskalakan bagi menyelesaikan masalah kompleks yang di luar capaian komputer klasik sahaja, termasuk dalam bidang penemuan ubat, bahan baharu, logistik dan pengoptimuman.

IBM Quantum System Two (render)
IBM Quantum System Two (render dalaman) ialah komputer kuantum modular pertama syarikat itu dan menjadi asas kepada seni bina pengkomputeran super berpusat kuantum IBM. Kredit: IBM

Melalui pendekatan hibrid ini, komponen masalah tertentu akan diselesaikan oleh paradigma paling sesuai. Contohnya, komputer kuantum boleh mensimulasikan tingkah laku atom dan molekul, manakala superkomputer klasik berkuasa AI mengendalikan analisis data berskala besar.

IBM dan AMD kini meneroka integrasi CPU, GPU dan FPGA AMD dengan komputer kuantum IBM untuk mempercepat algoritma baharu, termasuk yang memerlukan pembetulan ralat masa nyata di mana ia elemen penting dalam mencapai komputer kuantum berkebolehan toleransi ralat.

Demonstrasi awal teknologi hibrid ini dijangka berlangsung hujung tahun ini, dengan sokongan daripada ekosistem sumber terbuka seperti Qiskit.

Kerjasama ini turut melanjutkan usaha IBM menghubungkan komputer kuantum modular IBM Quantum System Two dengan superkomputer klasik seperti Fugaku di Jepun, sementara AMD pula terus menguasai senarai TOP500 melalui CPU EPYC dan GPU Instinct yang memacu Frontier dan El Capitan, dua superkomputer terpantas dunia ketika ini.

Berkaitan

  • IBM Sedang Bangunkan 2 Sistem Komputer Kuantum, Siap Menjelang 2033
  • AMD Cipta Teknik Jimatkan Penggunaan VRAM Sehingga 600 Ribu Kali Ganda Untuk Render Pokok 3D
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY