Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

IBM Sedang Bangunkan 2 Sistem Komputer Kuantum, Siap Menjelang 2033

Posted on Jun 19, 2025

IBM kini mendakwa mereka semakin hampir untuk menjadikan komputer kuantum sebagai peranti berguna dalam dunia sebenar sebelum penghujung dekad ini.

Walaupun komputer kuantum hari ini masih dalam fasa eksperimen dan berdepan masalah seperti kadar ralat yang tinggi, IBM percaya mereka telah menemui jalan penyelesaiannya.

IBM sedang membina sistem kuantum bernama “Starling” di pusat data mereka di New York. Ia dijangka siap dalam tempoh empat tahun dan akan menjadi asas kepada sistem kuantum lebih canggih bernama “Bluejay” yang dijangka siap menjelang tahun 2033.

Bluejay dijangka mampu menyelesaikan masalah kompleks pada tahap luar biasa, menggunakan 2,000 qubit logik dan 1 bilion operasi kuantum.

Keistimewaan teknologi ini terletak pada qubit, yang boleh wujud dalam banyak keadaan serentak (tidak seperti bit biasa yang hanya 0 atau 1).

Ini membolehkan komputer kuantum menyelesaikan masalah sangat kompleks dalam masa beberapa minit, berbanding berjuta-juta tahun dengan komputer biasa.

IBM turut memfokuskan kepada teknik pembetulan ralat kuantum, yang dianggap kunci utama untuk menjadikan teknologi ini boleh digunakan secara praktikal.

Selain itu, IBM membayangkan masa depan “superkomputer berasaskan kuantum”, yang menggabungkan kuasa komputer biasa dan kuantum.

Ini juga akan mempercepatkan lagi pengembangan teknologi lain seperti kecerdasan buatan generatif (AI).

Syarikat-syarikat besar lain seperti Google, Microsoft dan Amazon kini turut bersaing dalam bidang ini.

Google, misalnya, memperkenalkan cip kuantum “Willow”, yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah dalam beberapa minit yang biasanya memerlukan 10 septilion tahun dengan superkomputer biasa.

{suggest}

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress