Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei p60

Huawei P60 Rasmi 23 Mac Ini, Dijangka Hadir Dengan ‘Case’ 5G

Diterbitkan Mac 20, 2023 · Dikemas kini Mac 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Huawei P60 akan dirasmikan pada 23 Mac ini dan rekaannya juga telah didedahkan syarikat itu. Antara warna tersedia ialah ungu, hijau dan putih, lapor Digital Chat Station.

huawei p60

Dengan terhad pada rangkaian 4G, laporan terbaru mengatakan Huawei juga akan memperkenal casing 5G untuk telefon itu.

Huawei P60 5G case

Ia dipercayai sudah mendapat kelulusan daripada agensi di China dan dikeluarkan oleh SOYEA Technology dengan nama model SY108-698.

Kerangka ini dilengkapkan dengan cip eSIM dan mempunyai modem 5G di dalamnya. Ia seberat 52 gram dan mempunyai ketebalan sekitar 3.2mm.

case 5g p50
Kerangka 5G untuk P50.

Untuk menggunakan rangkaian 5G menerusi kerangka ini, pengguna terlebih dulu memilih kad SIM utama. Seterusnya, hidupkan eSIM pada kad SIM tersebut dan ikut arahan dipaparkan.

huawei p60 poster

Seperti anda lihat, kerangka ini perlu disambung pada telefon melalui port pengecasan USB-C.

Berkaitan

  • Ulasan P50 Pocket - Seberapa Layak Untuk Kocek Anda?
  • HUAWEI P50 & P50 Pro Dilancarkan - Bateri 66W, 'Dual Matrix Camera' Dari Harga RM2,999
  • Huawei Mate 50 Pro Dijual Di Malaysia Serendah RM4,499 Tapi Tak Sokong 5G
  • Huawei Dilapor Sedang Berusaha Untuk Terlibat Dalam Pelaksanaan 5G Di Malaysia
  • Kerajaan Tidak Akan Layan Usaha Melobi Pelaksanaan 5G Di Media - Menteri

Terdahulu, siri P50 juga menerima kerangka 5G untuk pengguna menggunakan rangkaian itu kerana telefon Huawei tidak menyokong 5G.

Sama-sama kita tunggu pelancaran siri baharu P60 kelak.

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY