Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate 50 dan 50 pro

Huawei Mate 50 Pro Dijual Di Malaysia Serendah RM4,499 Tapi Tak Sokong 5G

Diterbitkan November 3, 2022 · Dikemas kini November 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siri terbaharu, Huawei Mate 50 Pro telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia beberapa jam lalu. Butiran 2 model tersebut adalah seperti di bawah.

Huawei Mate 50 Pro

Telefon yang dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G ini menjalankan antara muka EMUI 13 dan mempunyai cip grafik daripada Adreno. Ia mempunyai perlindungan IP68.

mate 50 pro

Bagi pengecasan, bateri 4700mAh di dalam boleh dicas dengan kepantasan maksimum 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.74″ dengan kadar segar semula 120Hz dan input sentuh 300Hz.

huawei mate 50 pro (1)

Kaca Kunlun pada panel hadapan ini dikatakan sangat tahan lasak kerana menerima pengiktirafan 5 bintang pertama daripada SGS dari Switzerland.

mate 50 pro hitam

Dengan Ultra Aperture XMAGE, Mate 50 Pro boleh menyelaraskan apertur mengikut keperluan secara automatik. Selain itu, mod Professional pula menawarkan 10 pilihan saiz apertur untuk dipilih.

mate 50 pro tepi

Lensa 50MP padanya mampu menerima cahaya 24% lebih banyak, menurut data Huawei.

Tiga kamera di belakang seperti berikut:

  • 50MP (apertur F1.4~F4.0, OIS)
  • 13MP sudut lebar (apertur F2.2)
  • 64MP telefoto (apertur F3.5, OIS)

Selain OIS, sistem penstabilan AIS turut tersedia.

Untuk kamera swafoto, ia dilengkapkan lensa 13MP sudut lebar (F2.4) dengan ciri 3D Depth Sensing.

mate 50 pro ciri

Datang dengan 3 pilihan warna, berikut ialah harga dan konfigurasi storan tersedia:

  • Hitam (8GB RAM + 256GB ROM) – RM4,499
  • Perak (8GB RAM + 256GB ROM) – RM4,499
  • Jingga  (8GB RAM + 512GB ROM) – RM5,299

Warna jingga hanya hadir dengan storan 512GB dan pengguna perlu berbelanja lebih untuk storan/warna tersebut. Kalau anda mahu warna yang sama tetapi harga lebih rendah, terpaksalah lupakan niat tersebut.

Klik SINI untuk semak harga, pratempah atau beli Mate 50 Pro.

Huawei Mate 50

Model bukan Pro ini pula didatangkan dengan skrin OLED lebih besar iaitu 6.7″ namun berkadar segar 90Hz saja. Input sentuhnya pula serendah 300Hz.

mate 50

Di belakang, kameranya ialah seperti berikut:

  • 50 MP (apertur F1.4~F4.0)
  • 13 MP sudut lebar (apertur F2.2)
  • 12 MP telefoto (apertur F3.5, OIS)

Baterinya pula sebesar 4460mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W berwayar, 50W tanpa wayar.

mate 50 ciri

Dengan hanya 1 pilihan storan iaitu 8/256GB, pengguna boleh memilih antara warna hitam atau putih. Ia dijual pada harga RM3,699.

Namun, kedua-dua model Mate 50 ini tidak menyokong rangkaian 5G.

Mulai hari ini hingga 11 November, anda boleh melakukan pratempah dan penghantaran akan dilakukan seawal 11 November ini.

Klik SINI untuk semak harga, pratempah atau beli Mate 50.

Sumber: Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY