Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HUAWEI P50 & P50 Pro Dilancarkan – Bateri 66W, ‘Dual Matrix Camera’ Dari Harga RM2,999

Posted on Mei 20, 2022Mei 20, 2022

Dalam acara ‘Flagship Product Launch 2022’ semalam, HUAWEI telah melancarkan satu barisan produk terbarunya termasuk HUAWEI P50 dan P50 Pro.

Cukup dikenali dengan kualiti fotografi yang cukup baik, P50 ialah peranti pertama yang menggunakan rekaan Dual-Matrix Camera terbaharu.

Huawei P50

P50 direka dengan bateri HUAWEI SuperCharge 66W, kamera utama 50 MP, ultralebar 13MP dan telefoto 12MP.

Huawei P50

P50 Pro didatangkan dengan paparan melengkung (curve) 3D, dengan satu kamera punch-hole di tengah paparan peranti.

Dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 300Hz, kedua-dua HUAWEI P50 Pro dan P50 diperakui untuk rintangan habuk dan air.

P50 Pro dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan didatangkan dengan kamera yang menerima sehingga 200x zum.

P50 ditawarkan dalam dua varian warna – Golden Black dan Cocoa Gold dan dijual pada harga RM2,999.

Pratempah P50 dibuka sehingga 26 Mei 2022.

Manakala P50 Pro tersedia dalam tiga varian warna – Silver Blue, Golden Black dan Cocoa Gold dan dijual pada harga RM3,699.

Pratempah P50 Pro dibuka sehingga 3 Jun 2022.

Anda boleh pratempah peranti di pautan di bawah.

HUAWEI P50

  • Shopee – https://invol.co/clausz6
  • Lazada – https://invol.co/clauszc

HUAWEI P50 Pro

  • Shopee – https://invol.co/clauszr
  • Lazada – https://invol.co/claut02

Sumber: Siaran akhbar HUAWEI Malaysia

Baca juga:

  • Kecacatan Stor Huawei AppGallery Menyebabkan Aplikasi Berbayar Dimuat Turun Secara Percuma
  • Jam Pintar Huawei Dikhabarkan Bakal Menjadi Yang Kedua Sokong Ciri ECG Di Malaysia
  • Huawei Mate Xs 2 – Bukan Cip Baharu Tapi Harga Tak Keras Macam Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress