Huawei Dilapor Sedang Berusaha Untuk Terlibat Dalam Pelaksanaan 5G Di Malaysia

Terkini, laporan dari tanah Singapura mendakwa Huawei sedang berusaha untuk terlibat sama dalam pelaksanaan 5G di Malaysia.

Seperti kita maklum DNB telah melantik Ericsson sebagai satu-satunya pembekal untuk infrastruktur 5G di Malaysia di bawah Digital Nasional Berhad (DNB). Kementerian Kewangan pula masih sedang meneliti semula kontrak antara 2 entiti ini.



"Ia adalah gabungan soft power dan pelobian bersungguh-sungguh untuk cuba memasukkan sistem mereka dalam pelaksanaan (5G)," kata individu pada FT.
“It is a mixture of soft power and outright lobbying to try to get the adoption of their systems somewhere in the rollout,” said one person briefed on the discussions.

Soft power lazimnya merujuk pada usaha mendapatkan pengaruh melalui tarikan, secara halus dan tidak langsung, berbeza dengan hard power seperti sekatan ekonomi dan kuasa ketenteraan yang nyata dan keras.



Menurut laporan, individu berkata ada beberapa kemungkinan akan terjadi:

  1. Kerajaan benarkan satu lagi syarikat untuk bina rangkaian lantas menyaingi Ericsson

  2. Kerajaan menswastakan DNB

  3. DNB melantik pembekal kedua selepas Ericsson




Laporan baru-baru ini juga mengatakan bahawa CDMU (Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile) sekali lagi mencadangkan agar model DWN (dual wholesale network) dilaksanakan yang bermakna telco tidak bergantung sepenuhnya pada DNB.

Ia sebenarnya bukan hanya berkaitan telekomunikasi saja, tetapi pelaksanaan ini juga menjadi cabaran besar untuk Malaysia kerana ia menguji hubungan Kuala Lumpur dengan China dan Barat selain mencerminkan imej Malaysia dengan 'kesucian' kontrak.



Utusan daripada UK, AS dan Kesatuan Eropah telah memberi amaran pada Malaysia tentang pembukaan semula tender, apabila wujud khabar anginnya bulan lalu.

PM dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pada Februari lepas sudah pun umumkan bahawa kerajaan sedang meneliti semula kontrak DNB-Ericsson.
Amit Mital, bekas pegawai Majlis Keselamatan Negara AS berkata jika Malaysia membuka semula (tender) selepas semakan semula, maka pelabur dan syarikat akan ragu-ragu selepas ini untuk menandatangani kontrak komersial di sini.



Terdahulu, wujud laporan mengatakan ada kemungkinan sama ada Huawei, ZTE dan Nokia akan dilantik sebagai vendor kedua selepas Ericsson memandangkan perjanjian ada tidak menghalang perkara tersebut.



Jika anda mengikuti rapat perkembangan DNB, anda mungkin sedar Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di kerusi pembangkang pernah mempertikai kontrak DNB-Ericsson dengan mendakwa Huawei boleh melaksanakan perkara sama dengan kos yang lebih rendah.

{suggest}

Untuk makluman, pada tahun 2019 dulu sebelum pelantikan DNB, beberapa syarikat telekomunikasi termasuklah Maxis sudah pun menjalankan ujian 5G di beberapa lokasi (Langkawi salah satunya) hasil kerjasama dengan Huawei.



Antara 6 telco di Malaysia, Maxis satu-satunya masih belum menandatangani perjanjian dengan DNB, jadi apakah berita terbaru ini ada kaitannya dengan pelaksanaan baharu 5G di Malaysia kelak.

Sumber: Financial Times, Kedutaan AS, DNB