Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI P60 PRO

HUAWEI P60 Pro Dan Barisan Produk Lain Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini

Diterbitkan April 26, 2023 ยท Dikemas kini April 26, 2023 oleh ariff bukhari

Akhirnya selepas sebulan lebih dilancarkan, telefon pintar flagship terbaru dan paling berkuasa dari HUAWEI iaitu P60 Pro bakal dilancarkan di Malaysia pada hari Khamis, 11 Mei 2023 nanti.

Selain itu pada masa yang sama nanti, HUAWEI turut memaklumkan bahawa mereka akan mendedahkan barisan produk terbaru mereka yang lain termasuklah telefon lipat ringan Mate X3, jam pintar HUAWEI WATCH Ultimate, HUAWEI WATCH Buds dan HUAWEI FreeBuds 5.

HUAWEI baru-baru ini menjalankan kempen prapesanan eksklusif hanya RM1 khusus untuk HUAWEI P60 Pro.

Pelanggan hanya perlu meletakkan deposit RM1 dan menjawab soalan mudah di laman sesawang rasmi HUAWEI untuk berpeluang memenangi hadiah misteri termasuk HUAWEI P60 Pro, HUAWEI Watch Fit , HUAWEI WIFI AX3 Dual-Core, dan banyak lagi daripada jumlah hadiah bernilai sehingga RM12,429.

HUAWEI P60 PRO

Pemenang harian akan dipilih secara rawak dan diumumkan di aman sesawang rasmi HUAWEI hari ini dan seterusnya sehingga 11 Mei 2023.

HUAWEI P60 Pro telah pun dilancarkan di China bersama model HUAWEI P60.

Tidak mendedahkan spesifikasi P60 Pro dengan lebih lanjut untuk pasaran tempatan, sama-sama kita nantikan pengumumamnnya pada 11 Mei nanti.

Berkaitan

  • Huawei P60 Pro Rasmi, Tawarkan Komunikasi Satelit Dan Kamera Lebih Berkuasa
  • Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda
  • Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'
  • Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
  • Anak Muda Ketagih Model iPhone Terbaru Kerana Pengaruh Kawan - Kajian

Sumber: Siaran media HUAWEI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY