Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seagate Bakal Hentikan 3,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

Akibat Jual Lebih 7 Juta ‘Hard Disk’ Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion

Diterbitkan April 24, 2023 oleh ariff bukhari

Akibat menjual pemacu cakera keras (hard disk drive) kepada syarikat Huawei China, Seagate telah didenda sebanyak USD300 juta (~RM1.3 bilion) dari Jabatan Perdagangan AS.

Denda itu dikeluarkan oleh Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan selepas mendapati Seagate telah melanggar kawalan eksport AS yang dikenakan terhadap Huawei.

Pada tahun 2020 dahulu, Jabatan Perdagangan telah memperluaskan sekatan eksport terhadap Huawei selepas syarikat China itu cuba mendapatkan teknologi canggih yang didakwa boleh menjejaskan keselamatan negara AS.

Walau bagaimanapun, Seagate yang berpangkalan di California didapati masih terus menjual pemacu storan kepada vendor China itu “dengan Seagate menjadi penyedia sumber tunggal HDD Huawei” dengan perjanjian berjumlah berbilion dolar.

“Walaupun selepas Huawei diletakkan dalam Senarai Entiti kerana  menjejaskan keselamatan negara kita, dan pesaing telah berhenti menjual kepada mereka kerana peraturan produk langsung asing kami, Seagate terus menghantar pemacu cakera keras kepada Huawei,” Penolong Setiausaha Penguatkuasaan Eksport, Matthew S. Axelrod.

Jumlah denda yang dikenakan ke atas Seagate itu adalah “penalti pentadbiran kendiri terbesar” yang pernah oleh Biro Industri dan Keselamatan.

Seagate didapati telah mengeksport sebanyak 7,420,496 pemacu HDD kepada Huawei antara 17 Ogos 2020 dan 29 September 2021, selepas kawalan eksport dilaksanakan.

AS menganggarkan jumlah nilai pemacu HDD yang dijual itu pada $ 1.1 bilion (~RM4.8 bilion).

Berkaitan

  • Cepat Dapatkan 'Game' Yang Menangi Anugerah BAFTA Ini Secara Percuma Sekarang
  • 'Scalper' Khabarnya Berdepan Masalah Jual Semula Konsol PlayStation 5
  • Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'

Sumber: U.S Department of Commerce, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY