Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Makin Laku Di China, Jenama Telefon China Lain Semua Tenggelam

Anak Muda Ketagih Model iPhone Terbaru Kerana Pengaruh Kawan – Kajian

Diterbitkan April 24, 2023 · Dikemas kini April 26, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan terkini yang diterbitkan oleh Consumer Intelligence Research Partner (CIRP),  pengguna yang lebih muda tidak menunggu untuk menaik taraf kepada model terkini.

Walaupun kos dan hayat berguna iPhone yang agak lama, pemilik iPhone yang lebih muda didapati akan berpindah ke model terkini lebih cepat daripada pengguna yang lebih berusia.

Berdasarkan rajah di bawah, perbezaan antara pengguna termuda dan tertua adalah sangat ketara.

Pengguna iPhone yang lebih muda yang berusia lingkungan 18-24 tahun dan pertengahan umur 35-44 tahun adalah mereka yang memiliki iPhone yang berumur kurang daripada setahun.

Sekaligus ia menunjukkan minat yang kuat bagi golongan itu untuk menaik taraf kepada model iPhone terkini.

Berbeza dengan Pengguna iPhone yang lebih berusia iaitu  mereka yang dalam lingkungan umur 55-65 tahun ke atas), mereka lebih cenderung mempunyai iPhone terdahulu yang sudah berusia lebih daripada dua tahun.Anak Muda Ketagih Model iPhone Terbaru Kerana Pengaruh Kawan – Kajian

CIRP menyimpulkan secara keseluruhan, kira-kira separuh daripada pengguna iPhone mempunyai iPhone yang berusia kurang daripada dua tahun, manakala kira-kira satu perempat pengguna pula mempunyai iPhone yang berusia lebih daripada tiga tahun.

Menurut CIRP, antara faktor yang menyebabkan keadaan ini adalah kerana pengguna iPhone yang lebih muda mungkin dipengaruhi oleh apa yang digunakan oleh rakan dan keluarga mereka atau apa yang mereka lihat di media sosial.

Sementara pengguna iPhone yang lebih tua mungkin bersikap acuh tak acuh atau tidak pun mempedulikan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap model iPhone yang digunakan mereka.

Berkaitan

  • Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik
  • 'Scalper' Khabarnya Berdepan Masalah Jual Semula Konsol PlayStation 5
  • Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'

Sumber: CIRP, gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY