Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P60 Pro Rasmi, Tawarkan Komunikasi Satelit Dan Kamera Lebih Berkuasa

Huawei P60 Pro Rasmi, Tawarkan Komunikasi Satelit Dan Kamera Lebih Berkuasa

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Firdaus

Huawei merasmikan siri P60 dengan 2 model baharu diperkenalkan – Huawei P60 dan P60 Pro.

Huawei P60 Pro Rasmi, Tawarkan Komunikasi Satelit Dan Kamera Lebih Berkuasa

Paparan Lengkung LTPO

Huawei P60 Pro dilengkapi skrin OLED berukuran 6.67″ yang menyokong kadar segar semula adaptif LTPO 1-120Hz. Ciri tersebut begitu cekap di mana ia dapat mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 29%.

Quad curve dislpay

Sementara itu, model standard P60 menggunakan teknologi paparan X-True Huawei dan menjadi peranti pertama yang mendapat dwi-pengesahan ketepatan warna profesional daripada TUV Rheinland.

Kedua-dua peranti ini menyokong pengiktirafan kalis air dan habuk IP68.

Kamera

Siri Huawei P60 dilengkapi teknologi apertur boleh ubah pintar fizikal sepuluh kelajuan F1.4 – F4.0.

Huawei P60 Pro Variable Aperture

Selain itu, teknologi XD Fusion Pro yang baharu membolehkan pengguna menangkap gambar dalam situasi kurang cahaya seperti malam, senja dan awal pagi.

Huawei P60 XD Fusion Pro

Huawei P60 Pro mempunyai apertur  f/2.1 yang besar pertama di dunia bagi sensor untuk kamera periskop. Oleh itu, peranti itu mampu menangkap gambar tanpa sebarang masalah.

Huawei P60 moon mode

Komunikasi Satelit

Siri Huawei P60 membawakan ciri komunikasi satelit generasi kedua dan memboleh pengguna menghantar SMS dua haluan.

Huawei P60 satellite two way

Itu bermaksud peranti-peranti Huawei ini bukan sahaja boleh menghantar, malahan menerima SMS melalui komunikasi satelit ini.

Pengecas Pantas 88W

Kedua-dua peranti Huawei P60 dan P60 Pro menyokong pengecasan berwayar Super-Fast Charge Turbo 88W dan wayarles Super-Fast Charge 50W.

Huawei P60 Pro Rasmi, Tawarkan Komunikasi Satelit Dan Kamera Lebih Berkuasa

Huawei mendakwa teknologi pengecasan ini mampu mengecas separuh kapasiti bateri peranti siri itu dalam masa 10 minit sahaja.

Berkaitan

  • OPPO Find X6 Pro Dilancar, Pencabar Baharu Sensor Kamera 1 Inci
  • OPPO Pad 2 Dan Enco Free3 Turut Dilancarkan
  • Nothing Ear (2) Rasmi Dengan Sokongan Hi Res Audio Untuk RM599
  • Huawei Kekal Kuasai Pasaran Telefon Pintar Lipat 3 Tahun Berturut-Turut Di China
  • Terima Pengesahan SIRIM, iQOO Z7 Dan Z7x Bakal Masuk Malaysia

Sumber: Siaran Akhbar Huawei

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY