Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-21T092612.816

HUAWEI nova Y72 Akan Tersedia 23 Februari Dengan FreeBuds Percuma

Diterbitkan Februari 22, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas pengumuman tentang kehadiran telefon pintar terbaru HUAWEI iaitu HUAWEI nova Y72 ke pasaran Malaysia baru-baru ini, kini, Huawei mengesahkan ketersediaannya bermula 23 Februari 2024 dengan harga RM899.

Screenshot 2024-02-21 093256

Untuk pengetahuan anda, telefon ini dilengkapi dengan konfigurasi 8GB RAM dan 128GB storan serta cip pemprosesan yang tak diberitahu tetapi mungkin Kirin 710A. Ia juga menjalankan EMUI 12.

Paparan skrin yang digunakan pula adalah jenis LCD bersaiz 6.75 inci dengan resolusi HD+ (1600 x 720).

Kamera nova Y72 ini terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 8MP.

Bateri yang digunakan berkapasiti 6,000mAh dan disokong pengecasan HUAWEI SuperCharge 22.5W.

Selain itu, ia juga tampil dengan ciri ‘X Button’ yang membolehkan penggunanya untuk mengakses pelbagai jenis aplikasi dengan lebih cepat dan mudah.

IMAGE 3

Tambahan lagi, pembeli akan menerima hadiah percuma iaitu HUAWEI FreeBuds SE 2 yang bernilai RM199. Fon putik ini dijangka mampu untuk digunakan secara berterusan selama 40 jam.

Screenshot 2024-02-21 093745

Anda boleh dapatkan HUAWEI nova Y72 ini di mana-mana cawangan HUAWEI yang terpilih serta gedung rasmi dalam talian seperti laman web HUAWEI, Shopee dan Lazada.

Beli peranti ini di:

Shopee – https://invl.io/clkqgeb

Lazada – https://invol.co/clkqgei

Berkaitan

  • WhatsApp Kelak Akan Sekat Tangkap Layar Gambar Profil
  • Bateri iPhone 15 Lebih Tahan Lama, Kekal 80% Pada 1,000 Kitaran Pengecasan
  • Kad GX Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna GXBank
  • Apple Atasi Samsung Kuasai Pasaran Telefon Pintar Eropah

Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY