Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp The US Sun

WhatsApp Kelak Akan Sekat Tangkap Layar Gambar Profil

Diterbitkan Februari 20, 2024 · Dikemas kini Februari 20, 2024 oleh Amalina Athman

Beberapa tahun lalu, WhatsApp telah mengalih keluar pilihan yang membolehkan pengguna menyimpan gambar profil pengguna lain. Langkah ini bagi melindungi privasi pengguna, dengan menghalang muat turun dan perkongsian imej peribadi tanpa kebenaran pemilik.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh screenshot atau tangkap layar gambar profil sedemikian. Ia sekali gus menjejaskan perlindungan privasi yang dimaksudkan.

Bagi menangani loophole atau kelemahan yang wujud sebelum ini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baharu untuk menyekat tangkap layar gambar profil.

Berkaitan

  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
  • Pengguna Malaysia Dah Boleh Guna 2 Akaun WhatsApp Dalam Peranti Sama, Ini Caranya

Apabila pengguna cuba melakukan tangkap layar gambar profil, akan muncul notifikasi yang menunjukkan bahawa tindakan itu telah disekat.

WhatsApp Kelak Akan Sekat Tangkap Layar Gambar Profil

Perlu diketahui, pengguna masih boleh mengambil gambar profil dengan menggunakan peranti atau kamera kedua. Namun begitu, dengan menyekat fungsi tangkap layar gambar profil secara langsung dalam aplikasi, ia mengukuhkan konsep privasi dan persetujuan pengguna.

Ciri ini dapat meningkatkan privasi pengguna dengan menyediakan lapisan perlindungan tambahan terhadap akses tanpa kebenaran dan perkongsian gambar profil. Tambahan pula, gambar profil kebiasaannya merupakan imej peribadi pengguna.

Buat masa ini, ciri sekatan tangkap layar gambar profil hanya tersedia kepada beberapa penguji beta yang memasang kemas kini WhatsApp beta untuk Android.

Sumber: WABetaInfo

Gambar utama: The US Sun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY