Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas

Apple Atasi Samsung Kuasai Pasaran Telefon Pintar Eropah

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas buat pertama kalinya menguasai pasaran telefon pintar di China pada tahun lepas, Apple menerusi iPhone kini dilaporkan menguasai pasaran di Eropah pula.

Sekali gus merampah takhta dari Samsung.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Canalys, penghantaran telefon pintar ke Eropah (tidak termasuk Rusia) jatuh 3% tahun ke tahun kepada 37.8 juta unit pada Q4 2023.

Apple kembali ke kedudukan utama dalam senarai selepas tujuh suku di belakang Samsung, meningkat 1% tahun ke tahun kepada 12.4 juta unit.

Screenshot 2024-02-21 at 1.09.52 PM

Samsung pula jatuh ke tempat kedua, merosot 12% kepada 10.8 juta unit, tetapi diimbangi oleh penghantaran siri Galaxy S yang stabil dan siri Galaxy A bagi peranti pertengahan.

canalys iPhone

Sungguhpun Samsung mendahului sepanjang tahun 2023 secara keseluruhan, tetapi permintaan yang kukuh untuk barisan iPhone 15 mendorong syarikat itu jatuh ke tempat kedua.

canalys iPhone

“Telefon pintar mewah menguasai bahagian rekod pasaran Eropah pada Q4 2023. Hampir 40% penghantaran telefon pintar berharga AS$800 atau lebih tinggi. Penguasaan model mewah ini didorong terutamanya oleh permintaan iPhone 15 Pro yang kukuh di samping jumlah siri Galaxy S yang konsisten dan Google Pixel yang semakin meningkat.” Runar Bjørhovde, Penganalisis di Canalys.

Berkaitan

  • Buat Pertama Kalinya, iPhone Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di China
  • Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023
  • Bateri iPhone 15 Lebih Tahan Lama, Kekal 80% Pada 1,000 Kitaran Pengecasan

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY