Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Bateri iPhone 15 Lebih Tahan Lama, Kekal 80% Pada 1,000 Kitaran Pengecasan

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini memaklumkan bahawa ia menguji semula bateri dalam semua model iPhone 15 dan menentukan bahawa semua model dalam siri ini mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama.

Berkaitan

  • Bermula iPhone 15, Apple Mudahkan Pengguna Semak Kiraan Kitaran Bateri
  • (Ulasan) iPhone 15 Pro - Cerita Sebenar Yang Disembunyikan
  • Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 - YouTuber

Dalam dokumen sokongan yang dikemas kini hari ini, Apple berkata bateri dalam barisan iPhone 15 direka untuk mengekalkan 80% kapasiti asal pada 1,000 kitaran pengecasan lengkap di bawah keadaan ideal.

Perubahan dalam kitaran jangka hayat bateri ini hanya terpakai pada iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Model iPhone 14 dan terdahulu terus dinilai untuk mengekalkan kapasiti sehingga 80% pada 500 kitaran pengecasan lengkap.

Pendedahan ini bermakna ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk Battery Health model iPhone 15 menurun kepada 80% berbanding model iPhone sebelumnya.

Bagaimanapun, Apple menjelaskan peratusan kapasiti yang tepat bergantung pada cara kekerapan peranti dicas dan digunakan.

Untuk melihat maksimum kapasiti bateri iPhone, buka Settings > Battery Health & Charging > Maximum Capacity.

Bateri iPhone 15 Lebih Tahan Lama, Kekal 80% Pada 1,000 Kitaran Pengecasan
iPhone 14 dan terdahulu
Bateri iPhone 15 Lebih Tahan Lama, Kekal 80% Pada 1,000 Kitaran Pengecasan
iPhone 15 Pro dengan iOS 17.4

Pada model iPhone 15, pengguna juga boleh menyemak kiraan kitaran pengecasan melalui Settings > About > Battery. Dengan iOS 17.4 dan lebih baru kelak, pengguna iPhone 15 boleh melihat kesihatan bateri, tarikh keluaran bateri, bila ia mula digunakan, kiraan kitaran dan lain-lain di Settings > Battery > Battery Health.

Sumber: Apple Support, via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY