Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GXBank Launch – GX Card

Kad GX Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna GXBank

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti yang dijanjikan, GXBank mengumumkan para pelanggan mereka kini sudah boleh mendapatkan kad GX mereka yang mula ditawarkan hari ini.

GXBank yang merupakan Bank digital pertama di Malaysia telah pun memulakan operasi mereka pada November 2023 lalu.

Kad GXBank menawarkan ciri sama sepertimana kad bank biasa seperti pembayaran tanpa sentuh serta mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di dalam mahupun luar negara yang dikuasakan oleh MEPS dan Mastercard.

Screen Shot 2024-02-21 at 9.07.45 AM

Tetapi satu kelebihan utama yang ditawarkan oleh Kad GX ini adalah ia menawarkan pulangan wang sebanyak 1% apabila anda membuat sebarang pembayaran dengannya.

Berkaitan

  • Aplikasi Beta GXBank Diperkenal, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia
  • Kad GXBank Hadir Pada Januari 2024

Malah anda tidak dikenakan cas RM1 apabila mengeluarkan wang dari mesin ATM MEPS dengan kad GXBank.

Screen Shot 2024-02-21 at 9.24.50 AM

GXBank juga kini sedang mengadakan promosi untuk pengguna yang mendaftar ini di mana anda akan menerima pulangan wang segera bernilai RM8 apabila anda membuka akaun GX dengan DuitNow dan pulangan wang bernilai RM8 apabila anda memasukkan nilai RM88 atau lebih ke dalam akaun GX anda. (sah sehingga 29 Februari 2024).

Screen Shot 2024-02-21 at 9.20.28 AM

Untuk info lanjut, layari laman rasmi https://gxbank.my/

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY