Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-15T173701.581

HUAWEI nova Y72 Berharga RM899, Ada “Action Button” Tersendiri

Diterbitkan Februari 15, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas pelancaran produk telefon pintar terbaru daripada HUAWEI iaitu HUAWEI nova Y72 pada 13 Februari 2024 di China, kini kehadirannya untuk pasaran Malaysia telah disahkan tetapi belum ada tarikh yang tetap.

HUAWEI nova Y72 Berharga RM899, Ada “Action Button” Tersendiri

Walaupun masih lagi belum diketahui secara terperinci tentang jenis cip pemprosesan yang akan digunakan oleh telefon ini, namun spesifikasi lain telah ditetapkan seperti paparan skrin LCD bersaiz 6.75 inci dengan resolusi HD+ (1600 x 720).

nova Y72 infographic_BM_3

Selain itu, ia menjalankan EMUI 12 dengan sokongan memori 8GB RAM dan 128GB storan.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 8MP.

nova Y72 infographic_BM_2

Bateri pula hadir dengan kapasiti bersaiz 6,000mAh dan pengecasan HUAWEI SuperCharge 22.5W.

nova Y72 infographic_BM_4

Salah satu ciri tambahan yang ditawarkan dalam nova Y72 ini adalah X Button yang mana ia mempunyai fungsi seakan-akan Action Button menerusi siri iPhone 15 Pro.

nova Y72 infographic_BM_1

Nantikan kehadiran produk HUAWEI nova Y72 ini yang akan dijual pada harga RM899 di gedung dalam talian seperti:

Shopee – https://invl.io/clkqgeb

Lazada – https://invol.co/clkqgei

Berkaitan

  • Infinix HOT 40 Pro Akan Hadir Di Malaysia Dengan Edisi Free Fire
  • realme 12 Pro+ 5G Akan Tiba Di Malaysia Hujung Bulan Ini
  • PlayStation 5 'Slim' Kini Tersedia Untuk Prapesan
  • 100 Satelit Starlink Akan Dikeluarkan Dari Orbit Ekoran Risiko Kegagalan Fungsi

Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY