Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599

Diterbitkan Ogos 19, 2025 · Dikemas kini Ogos 19, 2025 oleh Amalina Athman

HUAWEI hari ini melancarkan tablet terbaharu, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, untuk pasaran Malaysia.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599

Tablet ini dilengkapi skrin 11.5-inci dari jenis TFT LCD dengan resolusi 2.5K yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz serta maksimum kecerahan 600 nit. Ia dikuasakan cip pemproses Kirin T82B, memori 8GB RAM, 256GB storan dalaman serta menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3.

Pada bahagian dalam, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 dimuatkan bateri 10,100 mAh yang menyokong pengecasan 40W, PD 3.1 serta pengecasan tanpa wayar untuk aksesori.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599
HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Kini Rasmi, Harga RM1599

Beralih ke bahagian kamera, peranti ini mempunyai 13MP kamera belakang dan 8MP kamera hadapan. Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.2, 802.11a/b/g/n/ac/ax, 2 × 2 MIMO, port USB 2.0 jenis-C, 4 pembesar suara serta 2 mikrofon.

Ketersediaan

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Space Gray dan Violet.

6_Image-and-Text-Component_ (1)

Bermula hari ini sehingga 26 Ogos, pengguna boleh membuat prapesan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 pada harga RM1,599 di mana-mana HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada atau TikTok Shop.

IMAGE 1

Setiap pembelian juga boleh mendapatkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM698 termasuk HUAWEI M-Pencil generasi ketiga dan PC-Level WPS Office.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) Dilancarkan, Tablet 'Flagship' Untuk Profesional
  • Siri HUAWEI Pura 80 Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4,599
  • HUAWEI Pura 80 Ultra Raja Foto/Video 2025, Jauh Atasi iPhone 16 Pro Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY