Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

HUAWEI Pura 80 Ultra Raja Foto/Video 2025, Jauh Atasi iPhone 16 Pro Max

Diterbitkan Ogos 14, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh ariff bukhari

HUAWEI Pura 80 Ultra kini menduduki puncak tertinggi pengimejan telefon pintar apabila meraih skor keseluruhan tertinggi dalam sejarah DXOMARK dengan 175 mata.

Ia sekali gus mengatasi pesaing terdekatnya, Oppo Find X8 Ultra dengan jurang  6 mata.

Pencapaian ini adalah hasil gabungan inovasi teknologi, prestasi optik, dan pengoptimuman perisian yang memecahkan rekod sedia ada.

DXO Mark Huaei Pura 80
HUAWEI Pura 80 Ultra menjadi telefon pintar pertama mencapai skor setinggi ini di carta DXO Mark
DXO Mark Huawei Pura 80 1
5 Telefon pintar dengan prestasi kamerra terbaik menurut DXO Mark setakat Ogos 2025.

HUAWEI Pura 80 Ultra memperoleh skor video tertinggi  dengan skor 166 mata (berkongsi tempat pertama dengan Oppo Find X8 Ultra).

DXOMark dalam ulasannya berkata, kamera HUAWEI Pura 80 Ultra menghasilkan gambar konsisten dengan warna hidup, butiran tajam dan pendedahan semula jadi walau dalam pelbagai keadaan cahaya.

Gambar potret kelihatan menarik dengan tona kulit yang cantik dan kesan kabur latar semula jadi.

DXOMARK Nobatkan Huawei Pura 80 Ultra Raja Foto & Video dengan 175 Mata

Selain itu, DXOMark turut memuji keupayaan zum ultra-lebar dan telefoto peranti ini yang mampu mengekalkan imej jelas dan terperinci.

Manakala rakaman video juga kekal lancar, stabil, serta visual yang dirakam begitu terperinci walaupun ketika bergerak.

Dengan menguasai skor tertinggi dalam kategori utama DXOMARK, Huawei Pura 80 Ultra menetapkan penanda aras baharu bagi kamera mudah alih.

Huawei Pura 80 Ultra yang telah dilancarkan pada Jun lepas di China sudah pun berada di Malaysia pada harga RM6,599.

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk menggunkan peranti ini, terdapat cara mudah dan selamat untuk memasang Google Play Store. Ini adalah langkah daripada Huawei sendiri. Klik SINI.

Beli Huawei Pura 80 Ultra dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmwbkn
  • Lazada – https://invl.me/clmwbkr

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Xiaomi Tawar Harga Serendah RM9.90 Selama 5 Hari Di Xiaomi Smart Living Showcase 2025
  • Liputan Internet Di Kawasan Berpenduduk Kini Cecah 98.8%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY