Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei matepad pro 12.2

HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) Dilancarkan, Tablet ‘Flagship’ Untuk Profesional

Diterbitkan Jun 18, 2025 · Dikemas kini Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

Huawei Malaysia secara rasmi melancarkan tablet terbaharu mereka, HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025), tablet flagship yang membawa pengalaman seakan komputer riba.

Direka untuk golongan profesional, pereka bentuk dan pencipta kandungan, tablet ini menggabungkan prestasi PC dengan fleksibiliti tablet moden.

Berbanding laptop tradisional, HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) menawarkan pengalaman tahap PC  di mana ia hadir dengan papan kekunci boleh tanggal dan stylus (M-Pencil Gen 3) yang boleh disimpan dalam papan kekunci Huawei Genius Glide Keyboard.

Antara kelebihan utama HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) adalah paparan Tandem OLED PaperMatte 12.2” dengan resolusi 2.8K, kadar segar 144Hz dan sokongan HDR Vivid yang sesuai ketepatan warna dalam kerja visual.

Skrinnya juga anti-silau dan mesra mata, dengan pensijilan daripada TÜV Rheinland dan SGS.

Bekerjea dengannya juga tiada rasa bimbang isu bateri kerana ia dimuatkan dengan bateri 10,100 mAh serta menyokong pengecasan penuh dalam masa hanya 55 minit, cukup untuk penggunaan sepanjang hari.

HUAWEI MATEPAD PRO 12.2 2025 7
Ciri produktiviti pintar seperti Smart Multi-Window, App Multiplier, dan Live Multitask membolehkan sehingga tiga aplikasi dijalankan serentak secara cekap.

Selain itu, MatePad Pro turut menyokong WPS Office versi penuh, lengkap dengan ciri seperti tab multitugas, pintasan papan kekunci, dan alat penyuntingan profesional — menjadikan tablet ini boleh bertindak sebagai stesen kerja mudah alih sepenuhnya.

Dengan penambahan aplikasi kreatif seperti GoPaint dan Huawei Notes yang disokong oleh AI untuk lakaran, nota dan animasi, tablet ini  memenuhi pelbagai keperluan kerja.

HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) yang berharga RM3,599 kini tersedia untuk pra-pesanan melalui HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Flagship HUAWEI di Lazada, dan Kedai Rasmi HUAWEI di TikTok.

Istimewa untuk pelanggan yang membayar deposit RM50 semasa tempoh pra-pesanan ini di mana anda akan menerima rebat sehingga RM200, bersama dengan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM2,045, termasuk HUAWEI M-Pencil (Generasi ke-3) secara percuma, HUAWEI Mouse, Beg HUAWEI, HUAWEI SoundJoy, dan WPS versi PC.

Beli HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmrqn4
  • Lazada – https://invl.me/clmrqn1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Suunto Run Kini Di Malaysia, Jam Pintar Sesuai Untuk Pelari Tegar

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY