HUAWEI hari ini melancarkan siri HUAWEI Pura 80 secara rasmi di Malaysia, terdiri daripada dua model iaitu Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra.
Kedua-duanya hadir dengan cip pemprosesan Kirin 9020, RAM sehingga 16GB, dan storan sehingga 1TB. Siri ini menggunakan skrin 6.8 inci LTPO OLED dengan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz serta kecerahan maksimum 3000 nits melalui paparan HUAWEI X-True Display.
Untuk jangka hayat penggunaan, Pura 80 Pro dilengkapi bateri 5050mAh manakala Pura 80 Ultra menampilkan bateri 5170mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W.
Model Ultra juga menggunakan perlindungan 2nd-Gen Crystal Armor Kunlun Glass dengan ketahanan calar dan jatuhan yang lebih baik.
Dari segi kamera, Pura 80 Ultra hadir dengan sistem dwi-telefoto boleh ubah yang pertama dalam industri, membolehkan pertukaran antara 3.7x dan 9.4x zum optikal menggunakan sensor bersaiz 1/1.28 inci.
Ia turut menampilkan kamera utama 50MP bersensor 1 inci dengan julat dinamik sehingga 16EV, hampir setanding kamera sinematik profesional.
Bagi Pura 80 Pro pula, ia menggunakan kamera utama 1 inci Ultra Lighting dan lensa telefoto makro dengan zum sehingga 100x serta fokus serapat 5cm.
Ciri lain termasuk butang AI Smart Control dengan pengimbas cap jari terbina, AI Noise Cancellation untuk panggilan lebih jelas, dan akses kepada aplikasi utama melalui AppGallery.
Harga untuk HUAWEI Pura 80 Series bermula dari RM4,599, dengan prapesan kini dibuka menerusi kedai rasmi HUAWEI dan platform dalam talian terpilih.
Pembeli awal akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan perlindungan HUAWEI Care+.
Kempen jualan akan berlangsung dari 2 Ogos hingga 31 Disember 2025, dengan hadiah tambahan bernilai sehingga RM2,978 ditawarkan kepada pembeli terawal di kedai terlibat.
{suggest}