Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Mate XT Ultimate Design

HUAWEI Mate XT Ultimate Design, Telefon Tri-Lipat Dijual Pada Harga RM14,999

Diterbitkan Februari 18, 2025 ยท Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh Amsyar Latif

Diperkenalkan September 2024, HUAWEI mengejutkan dunia teknologi dengan menampilkan telefon pintar tri-lipat pertama di dunia dan tersedia secara komersial. Kini, telefon Mate XT Ultimate Design itu selamat mendarat buat pasaran Malaysia.

Telefon ini dilengkapi dengan tiga skrin LTPO OLED 90Hz. Satu skrin 6.4 inci, bila dibuka dua skrin 7.9 inci dan dibuka penuh pula 10.2 inci. Ia juga menyokong 1.07 bilion warna dan format warna P3.

Melaluinya, ia sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti produktiviti mahupun hiburan kerana umpama telefon+tablet.

HUAWEI Mate XT_

Ia dikuasakan cip pemproses Kirin 9010 bersama padanan 16GB RAM dan storan 1TB.

photo_2025-02-18 16.03.55

HUAWEI tidak mengabaikan fotografi pada peranti ini. Mate XT Ultimate Design hadir dengan sistem kamera XMAGE. Terdiri kamera lebar 50MP dengan OIS, 12MP telefoto periskop dengan OIS+5.5 zum optikal dan 12MP ultra lebar. Sementara kamera hadapan pula 8MP.

Selain itu, telefon ini turut dimuatkan kapasiti bateri sebesar 5,600 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan 50W tanpa wayar. Lain-lain adalah seperti NFC, dwi kad SIM, tidak mempunyai penarafan IPX8 dan menjalankan EMUI 14.2.

Huawei Mate XT

HUAWEI Mate XT ditawarkan dalam warna merah dan hitam. Ia dijual pada tanda harga RM14,999 di mana anda boleh mula membuat prapesan sekarang dari mana-mana HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI, TikTok serta Shopee dan Lazada.

Menarik lagi, pembeli yang sudah melakukan prapesan bakal menerima jaminan perlindungan skrin selama 1 tahun yang bernilai RM3,999.

Berkaitan

  • Siri HUAWEI Mate 70 Dan Mate X6 Dilancar, Perkenal Ciri AI Airteleport
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • HUAWEI Mate X6 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8,688
  • Caviar Hasilkan Huawei Mate XT Edisi Emas 18 Karat, Berharga Sekitar RM400 Ribu

Sumber: Siaran media HUAWEI

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY