Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri HUAWEI Mate 70 Dan Mate X6 Dilancar, Perkenal Ciri AI Airteleport

Posted on November 26, 2024November 26, 2024

Huawei hari ini secara rasminya melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru mereka iaitu siri HUAWEI Mate 70 dan telefon pintar lipat Mate X6.

Untuk siri HUAWEI Mate 70, ia terdiri daripada model standard, Pro, Pro+ dan RS Masters of Excellence.

HUAWEI Mate 70 RS Masters of Excellence tersedia dalam pilihan warna Putih, Hitam dan Merah.

Siri HUAWEI Mate 70 standard, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.7 inci dengan kadar segara 120Hz.

Bagi model HUAWEI Mate 70 Pro, Pro+ dan RS pula dilengkapi dengan skrin OLED 6.9 inci (120Hz).

RAM 12GB pula dimuatkan untuk model HUAWEI Mate 70 standard dan HUAWEI Mate 70 Pro serta pilihan storan 256 GB / 512 GB / 1 TB.

Sementara HUAWEI Mate 70 Pro+ dan RS tersedia dengan RAM 16GB serta pilihan storan 512 GB atau 1 TB.

Untuk tetapan kamera pula kesemua model HUAWEI Mate 70 dilengkapkan 3 kamera di belakang dengan kamera utama 50 MP serta kamera swafoto ultra lebar 13 MP.

Turut dilancarkan adalah telefon pintar boleh lipat terbaru HUAWEI Mate X6 yang dilengkapi skrin OLED bersaiz 7.93 inci dan skrin OLED luar 6.45 inci.

Ia juga dilengkapi RAM 12GB serta pilihan storan 256 GB atau 512 GB.

Juga tersedia adalah model HUAWEI Mate X6 Collector Edition yang dilengkapi spesifikasi lebih tinggi iaitu 16 GB RAM + 512 GB atau 1 TB.

HUAWEI Mate X6 hadur dalam pilihan waran Obsidian black, cosmopolitan red, deep ocean blue, nebula white dan nebula gray.

Siri HUAWEI Mate 70 dan Mate X6 tersedia menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3 yang menyokong untuk dinaik taraf kepada HarmonyOS 5.0.

Antara ciri paling menarik perhatian yang diperkenalkan pada Siri HUAWEI Mate 70 dan Mate X6 adalah ciri perkongsian fail yang dikuasakan AI yang dikenali sebagai AI Airteleport. Ia membuatkan perkongsian fail dengan mudah melalui gerakan tangan tanpa sentuh atau ‘air gestures’.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana ciri ini beraksi dalam video di bawah.

Harga jualan bagi siri HUAWEI Mate 70 adalah bermula dari 5,999 Yuan (~RM3,690) dan siri HUAWEI Mate X6 pula bermula dari 12,999 Yuan (~RM7,988).

Untuk lihat spesifikasi penuh siri HUAWEI Mate 70 dan Mate X6, layarai laman rasmi Huawei China.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress