Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate xt caviar

Caviar Hasilkan Huawei Mate XT Edisi Emas 18 Karat, Berharga Sekitar RM400 Ribu

Diterbitkan Disember 31, 2024 · Dikemas kini Disember 31, 2024 oleh Amsyar Latif

Sekiranya anda merasakan Huawei Mate XT yang dilancarkan September lepas sudah mahal, edisi baharu ini lagi membuatkan anda termenung.

Ini kerana peranti tersebut kini hadir dalam versi paling mewah hasil kolaborasi dengan Caviar, sebuah jenama terkenal dalam menghasilkan telefon pintar edisi terhad.

Model terkini ini dilengkapi badan emas 18 karat sepenuhnya, menjadikannya bukan sekadar peranti tetapi simbol kemewahan eksklusif.

huawei mate xt 18 karat 1kg-1
huawei mate xt 18 karat 1kg-2

Menariknya, telefon pintar tersebut adalah satu-satunya di dunia. Ia diperbuat sepenuhnya daripada emas padu. Dengan berat sekitar 1 kg, ia benar-benar unik dan dijual pada harga $100,000 (anggaran RM460,000). Namun, versi ini dibuat khas untuk seorang pelanggan kaya dari Amerika Syarikat dan tidak dijual secara umum.

Buat pengetahuan, Caviar juga menghasilkan edisi bersalut emas 24 karat dengan harga $17,340 (~RM78,000). Model ini terhad kepada 88 unit sahaja di mana dianggap sebagai angka bertuah dalam budaya Cina.

Caviar huawei mate xt 24 karat

Imbas kembali, Huawei Mate XT merupakan telefon tri-lipat pertama di dunia dengan cip Kirin 9010, memori 16GB RAM, storan 1TB dan skrin seluas 10.2 inci apabila dibuka.

Tidak hairan edisi Caviar ini dijual pada tanda harga cukup mewah memandangkan model biasa tiada salutan emas pun diletakkan pada tanda harga bermula ~RM12,000.

Berkaitan

  • HUAWEI MatePad 12 X Kini Tersedia Di Malaysia
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Huawei Akan Naik Taraf Infrastruktur TVET Dengan Teknologi
  • HUAWEI Mate X6 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8,688

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY