Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Mate X6 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8,688

HUAWEI Mate X6 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8,688

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Rushsyafizal

HUAWEI melancarkan beberapa produk termasuk HUAWEI Mate X6, Siri HUAWEI nova 13 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4.

Produk ini menonjolkan kepakaran Huawei dalam teknologi boleh lipat, fotografi berkuasa AI, serta audio tanpa wayar premium, memenuhi keperluan pengguna moden yang mencari prestasi terbaik untuk kerja dan hiburan.

HUAWEI Mate X6 menawarkan kombinasi reka bentuk ringan, tahan lasak, dan teknologi kamera terkini. Dengan susun atur kamera Space-Age Orbit serta kemasan eksklusif Nebula Grey Vegan Fibre, Mate X6 menyerlahkan gaya elegan sambil memberikan fungsi praktikal.

HUAWEI Mate X6 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8,688

Pada bahagian kamera, ia dilengkapi sensor 50MP Ultra Apertur, 40MP ultra lebar, dan 48MP telefoto menghasilkan foto menakjubkan sama ada untuk landskap luas atau detik peribadi bersama keluarga.

HUAWEI Mate X6 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8,688

Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 5110 mAh dengan sokongan pengacasan pantas Huawei SuperCharge 66W dan wayarles 50W.

Lebih menarik, ciri ‘live multi-task’ membolehkan pengguna membuka sehingga tiga aplikasi serentak pada skrin terbuka. Anda boleh menghadiri panggilan video sambil menyemak pembentangan dan mencatat nota, semuanya pada satu peranti.

HUAWEI Mate X6 boleh didapati pada harga RM8,688 dengan penawaran warna Nebula Red, Nebula Grey, dan Black dengan prapesanan bermula 18 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025 di kedai rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, dan TikTok.

Pelanggan yang membuat prapesanan akan menerima hadiah eksklusif seperti HUAWEI Watch Ultimate, perlindungan skrin selama setahun, serta rebat tukar beli sehingga RM2,000 untuk telefon pintar terpilih.

Selain itu, pelanggan juga boleh menebus baucar bernilai lebih RM600 melalui HUAWEI AppGallery, termasuk diskaun menarik dari Celebrity Fitness, Dadi Cinema, Lexis Hotel Group, dan banyak lagi.

Mate X6 juga boleh dimiliki melalui pelan Maxis Zerolution Postpaid serendah RM220 sebulan dengan pelan ansuran 36 bulan.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm4513

Lazada – https://invol.co/clm4517

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet
  • Kerajaan Akan Percepatkan Pendigitalan Perkhidmatan Melalui Inisiatif GovTech
  • Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tunggang Motosikal Elektrik Hampir 1,000 Km Dalam 24 Jam
  • Tiada Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen Memandu Warga Emas - JPJ

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY