Huawei Mate X3 Datang Bersama Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera 50MP

Gelanggang telefon lipat hari ini semakin rancak dengan pelbagai jenama telah hadir dengan model masing-masing. Semalam, Huawei telah melancarkan Mate X3.

Ia merupakan peranti lipat dengan bentuk seperti Galaxy Z Fold yang seakan-akan buku - lipatan horizontal.

huawei mate x3

Antara keunikan yang ditawarkan untuk memberi saingan pada jenama lain ialah kenipisan dan keringanan peranti.

Dalam mod lipat, ia hanya setebal 5.3mm. Berat peranti ini pula 239g.

huawei mate x3

Bagi paparan, apabila dilipat, skrinnya dikecilkan menjadi 6.4" (nisbah 20:9:9) dan apabila dibuka pula seluas 7.85" (nisbah 8:7:1).

Skrin dalamannya adalah daripada jenis OLED 1-120Hz LTPO manakala luaran pula sekadar OLED 1-120Hz (bukan LTPO) tapi sama 1440Hz untuk PWM Dimming.

huawei mate x3

Ketumpatan piksel pula 426 PPI.

Di dalamnya terkandung cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1+ versi 4G. Sistem EMUI 3.1 menjadi nadi telefon ini.

huawei mate x3

RAM pula sebesar 12GB dan ROM sehingga 1TB namun masih menyokong storan luaran.

Baterinya berkapasiti 4800mAh boleh dicas dengan kelajuan SuperCharge 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

huawei mate x3

Seperti biasa, kalau sebut Huawei saja mestilah kita berminat dengan kameranya.

  • 50MP utama (F1.8)

  • 13MP sudut lebar (F2.2)

  • 12MP telefoto (F3.4 dengan OIS)


Untuk kamera depan pada skrin luar dan dalam pula, ia menggunakan dua lensa 8MP.

Menariknya, telefon ini mempunyai perlindungan IPX8 yang bermakna tahan kalis air.

huawei mate x3

Untuk paparan pula, ia menggunakan teknologi Huawei X-TRUE dengan kaca Kunlun yang dikatakan 10 kali ganda lebih tahan terhadap jatuh serta mendapat pengiktirafan SGS.

huawei mate x3

Di China, ia dijual pada tanda harga CNY 12,999 (~RM8,431) sehingga CNY15,999 (~RM10,337) mengikut storan.

{suggest}

Lima warna tersedia ialah putih, hitam, violet, hijau gelap dan emas.

Untuk spesifikasi lanjut, boleh klik pautan pada sumber seperti tertera di bawah.

Sumber: Huawei