Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiga Kementerian Akan Bincang Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Ke Lebuhraya PLUS

Tiga Kementerian Akan Bincang Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Ke Lebuhraya PLUS

Diterbitkan Mac 23, 2023 ยท Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Amalina Athman

Tiga kementerian akan berbincang dalam rancangan mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka di lebuh raya dalam negara.

Berkaitan

  • Tidak Terhad Kepada TNG, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Akan Integrasi Sistem Pembayaran Terbuka
  • Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya (KPDN) bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) akan berbincang untuk meluaskan sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Ia susulan pengumuman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bahawa lima lebuh raya tidak termasuk PLUS, akan mula melaksanakan sistem pembayaran terbuka menjelang September ini.

Beliau turut memaklumkan telah menerima maklumat bahawa sudah ada pemain industri sedia menawarkan sistem berkenaan, yang akan membolehkan pengguna lebuh raya memilih sistem pembayaran semasa di lebuh raya nanti.

Sementara itu, menyentuh isu monopoli Touch ‘n Go dalam pengangkutan dan jalan raya, Salahuddin berkata usaha mengintegrasi sistem pembayaran terbuka itu bukan bermakna kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan. Sebaliknya, syarikat itu masih boleh meneruskan operasi seperti biasa.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY