Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 12 Pro+_1

Redmi Note 12 Pro+ Rasmi – 200MP Kamera, Pengecasan 120W

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 24, 2023 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini mengumumkan sejumlah produk baharu dalam siri Redmi Note 12, yang mana antaranya termasuk Redmi Note 12 Pro+ dan Redmi Note 12 Pro.

Redmi Note 12 Pro+

Menyelusuri latar belakang Redmi Note 12 Pro+, ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini turut menyokong kecerahan sehingga 900 nits, DCI-P3 serta mempunyai sokongan Dolby Vision dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

{suggest}

Redmi Note 12 Pro+ dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 1080 yang digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR4X dan 256GB storan dalaman berasaskan UFS 2.2.

Redmi Note 12 Pro+_3

Beralih ke bahagian kamera, peranti ini dimuatkan tetapan lensa utama 200MP f/1.65 bersaiz 1/1.4″ + OIS + 7P,  8MP ultra-lebar dan 2MP makro serta 16MP kamera swafoto.

Untuk menghidupkan peranti, Redmi Note 12 Pro+ diisi dengan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 120W HyperCharge melalui USB-C.

Redmi Note 12 Pro+_4

Antara lainnya, ia dilengkapi dengan sistem penyejukan LiquidCool, 5G, sokongan Dolby Atmos, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

Redmi Note 12 Pro+_2

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Polar White, Midnight Black dan Sky Blue. Redmi Note 12 Pro+ diletakkan pada tanda harga £449 (~RM2,443).

Redmi Note 12 Pro

Sama seperti Redmi Note 12 Pro+, Redmi Note 12 Pro turut dilengkapi cip pemproses MediaTek Dimensity 1080. Paparannya juga sama seperti yang ditawarkan untuk Redmi Note 12 Pro+. Namun, terdapat sejumlah perbezaan spesifikasi berikut.

Redmi Note 12 Pro_d

Redmi Note 12 Pro didatangkan dengan 6GB/8GB RAM bersama storan sehingga 256GB yang berasaskan LPDDR4X dan UFS2.2.

Tetapan tiga kamera diletakkan pada bahagian belakang dengan 50MP utama f/1.88 bersaiz 1/1.56″ + OIS + 6P, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro serta kamera swafoto 16MP.

Redmi Note 12 Pro_c

Juga sama seperti varian Pro+, peranti ini turut dimuatkan 5,000mAh kapasiti bateri, namun dengan pengecasan yang lebih perlahan iaitu 67W.

Redmi Note 12 Pro_b

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Polar White, Midnight Black dan Sky Blue, Redmi Note 12 Pro.

Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

Sumber: Xiaomi Global, Xiaomi UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY