Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp group

‘Admin’ Kumpulan WhatsApp Kelak Perlu Luluskan Penyertaan Ahli Baru Sebelum ‘Join’

Diterbitkan Mac 23, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Meta mengumumkan 2 ciri baharu untuk pengguna WhatsApp seluruh dunia. Ia berkaitan dengan kumpulan WhatsApp.

Pertama sekali, pentadbir (admin) kumpulan selepas ini berkuasa untuk meluluskan penyertaan ahli baharu ke dalam kumpulan.

Berkaitan

  • CEO WhatsApp Gesa Jangan Guna Telegram, Dakwa Ia Aplikasi Intip Rusia
  • WhatsApp Uji Butang "HD" Ketika Hantar Gambar Tapi Bukan Kualiti Asal Imej
  • WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan 'Chat' Kumpulan
  • Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat 'Sticker' WhatsApp Untuk iOS
  • WhatsApp Desktop Versi Baharu Diperkenal, Kini Sokong Panggilan Video Sehingga 8 Orang

Misalnya, Ali mendapat pautan untuk sertai kumpulan Bangsa Nasi Kandaq dan menekan butang sertai grup tersebut. Faizul sebagai pentadbir pula perlu meluluskan permintaan penyertaan itu.

Sebelum ini, sesiapa saja bebas menyertai kumpulan tanpa ada tapisan apabila mempunyai link.

whatsapp group

Kedua, pengguna juga kini lebih mudah mengetahui kumpulan yang sama-sama disertai pengguna lain.

Sekarang, kita perlu pergi ke profil seseorang terlebih dahulu untuk lihat kumpulan yang anda dan dia sama-sama sertai.

Selepas ini, anda taip saja nama pengguna itu dan senarai kumpulan akan tersenarai tanpa perlu ke profil.

Kedua-dua pembaharuan ini akan tersedia dalam beberapa minggu lagi, kata Meta.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY