Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HPUNIMAS Lancar Klinik Bergerak 5G Dengan Satelit CelcomDigi

Posted on November 3, 2025

Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (HPUNIMAS) melancarkan dua inovasi kesihatan digital menerusi MediRover dan MediDoc.

Pelancaran solusi inovatif ini adalah dengan kerjasama CelcomDigi Berhad bertujuan memperluaskan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti pedalaman di Sarawak.

MediRover ialah klinik bergerak berteknologi 5G dan satelit yang menyediakan konsultasi maya, diagnostik berasaskan AI dan pemantauan jarak jauh.

Setakat ini, MediRover telah berkhidmat kepada lebih 8,000 penduduk di 30 lokasi Sarawak. Inisiatif ini seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperluas sistem penjagaan kesihatan digital dan memastikan setiap rakyat mendapat rawatan berkualiti tanpa mengira lokasi.

Sementara MediDoc pula menubuhkan “Klinik Angkat” yang membolehkan petugas kesihatan pedalaman berhubung terus dengan pakar HPUNIMAS melalui teleperubatan dan peranti pintar.

Pada majlis pelancaran itu juga, CelcomDigi, UNIMAS dan  Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah menandatangani Perjanjian Persetujuan tiga pihak, bertujuan memperluas akses penjagaan kesihatan serta memperkukuh infrastruktur digital negeri melalui inovasi 5G dan AI.

Dalam kolaborasi ini, UNIMAS akan memimpin penyelidikan dan inovasi teleperubatan, PPUM menyediakan kepakaran serta mengesahkan model penjagaan kesihatan berasaskan AI, manakala CelcomDigi membekalkan kesalinghubungan, infrastruktur AI dan platform kesihatan pintar.

Usaha bersama ini bakal membangunkan solusi penjagaan kesihatan pintar, meneroka model hospital terhubung, serta memperkukuh kemampuan tempatan melalui penyelidikan, latihan dan perkongsian ilmu.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress