Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak

Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini September 18, 2025 oleh ariff bukhari

X-FAB, sebuah syarikat global dari Jerman yang terkenal dalam bidang semikonduktor analog dan mixed-signal, telah melakar sejarah baharu dengan pembukaan cleanroom (bilik bersih) berteknologi tinggi di fasiliti mereka di Sarawak.

Projek ini melibatkan pelaburan besar sebanyak USD 600 juta (kira-kira RM2.8 bilion), sekali gus menandakan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pembangunan teknologi dan ekonomi Malaysia.

Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
Cleanroom X-FAB Sarawak ini telah pun dirasmikan oleh PM Anwar Ibrahim, 12 September lepas.

Bilik bersih seluas 6,000 meter persegi ini dibina dalam tempoh hanya dua tahun yang membolehkan kapasiti pengeluaran wafer bulanan meningkat dari 30,000 kepada 40,000 unit.

Fokus utama pengembangan ini ialah teknologi 180nm BCD-on-SOI (XT018), yang kini menjadi tulang belakang kepada pelbagai aplikasi dalam sektor automotif, industri dan perubatan.

Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
Keadaan di dalam bilik bersih di X-FAB Sarawak.

Teknologi BCD-on-SOI menawarkan kelebihan ketara berbanding teknologi BCD konvensional, termasuk prestasi EMC yang tinggi, bebas daripada masalah latch-up, serta keupayaan beroperasi dalam suhu ekstrem antara -40°C hingga 175°C.

Ia sangat sesuai untuk sistem pengurusan bateri, pemacu motor pintar, dan peranti LED pintar, malah turut digunakan dalam probe ultrasonik untuk imejan perubatan masa nyata.

Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
Wafer dalam barisan pengeluarannya di kilang X-FAB Sarawak.

Dengan lebih 100 pelanggan aktif di seluruh dunia, X-FAB bukan sahaja memperkukuh kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global, malah menjadikan Sarawak sebagai hab teknologi yang semakin penting.

Sokongan padu daripada kerajaan negeri Sarawak dan MIDA turut memainkan peranan besar dalam menjayakan projek ini yang turut menjadi simbol kemajuan Malaysia dalam arena semikonduktor dunia.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pakar Australia Bimbang EV China Berisiko Jadi ‘Bom Jangka’
  • Huawei Bakal Perkenal Teknologi Komputer Baharu Pacu AI Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY