Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Renewable Energy Storage

Singapura Bakal Terima Hidrogen Hijau Dari Sarawak

Diterbitkan September 4, 2025 · Dikemas kini September 4, 2025 oleh ariff bukhari

Sarawak bakal mengeksport molekul Hidrogen Hijau (H2) pertama ke Singapura dalam bentuk pepejal menggunakan teknologi Metal Hydride Hydrogen Storage (MHX) yang dibangunkan oleh Hydrexia Holding Limited bersama SEDC Energy (SEDCE).

SEDC Energy Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) di mana syarikat ini memacu pembangunan ekosistem tenaga bersih di negeri tersebut.

Manakala Hydrexia Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Hydrexia Holding Limited adalah syarikat yang turut sama membangunkan pasaran hidrogen di Malaysia.

Menurut CEO Hydrexia, Alex Fang, bekas simpanan MHX boleh diangkut pada suhu dan tekanan ambien dengan piawaian ketulenan tertinggi, menjadikannya sesuai untuk rantau Asia Tenggara.

SEDCE kini menghasilkan sehingga 150 kilogram hidrogen hijau sehari di Loji Darul Hana H2 menggunakan PEM electrolyser, yang juga digunakan untuk menggerakkan 10 kenderaan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) di Sarawak, termasuk Toyota Mirai, bas hidrogen Sarawak Metro, dan Hyundai Nexo.

CEO SEDCE, Robert Hardin, menekankan bahawa eksport ini mengoptimumkan loji Darul Hana yang sebelum ini beroperasi dengan permintaan terhad.

Hidrogen akan dihantar melalui treler tiub, diproses ke dalam unit MHX, dan dieksport untuk dinyahhidrogenkan di destinasi akhir.

Selain eksport, SEDCE turut membangunkan Loji Hidrogen Rembus untuk menyokong Kuching Urban Transport System (KUTS) serta menerajui projek Sarawak Hydrogen Hub dengan konsortium Jepun (H2ornbill) dan Korea Selatan (H2biscus).

Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju hidrogen hijau Malaysia.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Kerajaan Rancang Bangunkan Model AI Tempatan Guna Bahasa Malaysia Sepenuhnya
  • Ciri AI “Ask Play about this app” Kini Tiba Di Google Play Store

Sumber: TVS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY