Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hotlink Postpaid Pasti Mampu_01

Hotlink Perkenal Postpaid 50 Dengan 500GB Data, Serendah RM40 Sebulan

Diterbitkan Jun 19, 2026 oleh Amalina Athman

Hotlink kini menyusun semula penawaran pelan pascabayarnya dengan memperkenalkan Hotlink Postpaid 50 bagi menggantikan pelan Postpaid 45 dan Postpaid 60.

Pelan baharu ini ditawarkan pada harga RM50 sebulan dengan 500GB data 5G/4G tanpa had kelajuan. Ia turut merangkumi panggilan dan SMS tanpa had, serta membolehkan pengguna berkongsi kuota data melalui hotspot.

Dalam masa sama, Hotlink turut menaik taraf Hotlink Postpaid 75. Pelan berharga RM75 sebulan itu kini menawarkan 600GB data 5G/4G tanpa had kelajuan, meningkat daripada 400GB sebelum ini. Peningkatan kuota tersebut turut diberikan kepada pelanggan sedia ada tanpa sebarang caj tambahan dan telah berkuat kuasa sejak 11 Jun 2026.

Hotlink Postpaid Pasti Mampu_03

Selain menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, Hotlink Postpaid 75 juga membolehkan pengguna menikmati perayauan antarabangsa secara percuma di Singapura, Thailand dan Indonesia. Pelan ini didatangkan dengan pilihan kontrak telefon pintar untuk pengguna yang ingin mendapatkan peranti baharu bersama langganan pascabayar.

Bagi pengguna yang mendaftar melalui Kedai Dalam Talian Hotlink, syarikat itu turut menawarkan rebat RM10 selama 12 bulan untuk pelan Postpaid 50 dan Postpaid 75. Promosi yang berlangsung sehingga 30 September 2026 itu menjadikan yuran langganan efektif Postpaid 50 serendah RM40 sebulan, manakala Postpaid 75 pula RM65 sebulan bagi tahun pertama, tidak termasuk cukai.

Tawaran tersebut terbuka kepada pengguna yang mendaftar talian baharu, menaik taraf daripada Hotlink Prepaid atau berpindah masuk (port-in) daripada penyedia perkhidmatan lain.

Hotlink Postpaid 2026_02
pelan terkini Hotlink Postpaid

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Hotlink.

Berkaitan

  • Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had - Pas Bulanan Serendah RM25
  • Hotlink Naik Taraf 'Travel SIM' - Data Kelajuan Tinggi, eSIM Tersedia
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY