Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eSIM Hotlink_

Pengguna Hotlink Kini Boleh Tukar SIM Fizikal Kepada eSIM

Diterbitkan November 23, 2024 · Dikemas kini November 24, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Maxis sudah sedia menawarkan eSIM untuk penggunanya. Dalam perkembangan terbaru, pengguna prabayar dan pascabayar Hotlink kini boleh melakukan langkah yang sama untuk peranti yang menyokong eSIM dan disokong oleh Maxis.

Dengan Hotlink Prepaid eSIM, pengguna tidak perlu memasukkan kad SIM fizikal untuk penggunaan data, membuat atau menerima panggilan serta SMS.

Tukar kad fizikal Hotlink Postpaid kepada eSIM

Pengguna Hotlink Postpaid sedia ada boleh menukar kad SIM fizikal kepada eSIM atau memindahkannya dengan mudah melalui aplikasi Hotlink. Caranya:

  1. Buka aplikasi Hotlink dan pergi ke myHotlink > eSIM Manager.
  2. Baca panduan, semak alamat e-mel anda dan klik “Convert to eSIM“.
  3. Imbas IC/pasport anda dan lakukan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti.
  4. Setelah pengesahan berjaya, klik “Download & Install eSIM”.
  5. Tunggu sehingga eSIM berjaya dipasang, kemudian klik “Done”.
Hotlink Postpaid
Hotlink Postpaid_2

Tukar kad fizikal Hotlink Prepaid kepada eSIM

Tidak seperti pengguna pascabayar, pengguna Hotlink Prepaid sedia ada hanya boleh menukar SIM fizikal kepada eSIM di Kedai Maxis berdekatan.

Hanya pengguna baharu boleh mendapatkan eSIM Hotlink Prepaid dengan serta-merta melalui aplikasi Hotlink. Ketahui caranya di SINI.

Caj

Untuk tawaran terhad, Hotlink memaklumkan tiada caj tambahan yang dikenakan untuk menukar SIM fizikal kepada eSIM bagi kedua-dua pengguna pascabayar dan prabayar.

Akan tetapi, pengguna akan dikenakan caj RM10 untuk setiap pemindahan eSIM Hotlink Postpaid ke peranti lain.

Sekiranya beralih ke peranti yang tidak menyokong eSIM, pengguna juga boleh meminta untuk menukar ke kad SIM biasa di mana-mana kedai Maxis – caj penggantian SIM mungkin dikenakan.

Bagi mengetahui senarai peranti yang menyokong Hotlink eSIM, rujuk laman rasmi Hotlink.

Berkaitan

  • Kenali Teknologi eSIM Dan Kelebihan Yang Terdapat Padanya
  • Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan
  • Pelanggan Pascabayar Maxis, Hotlink Akan Terima Naik Taraf Kuota Data
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi

Sumber: Hotlink (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY