Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hotlink prepaid 5g

Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh Amalina Athman

Hotlink kini menggandakan kelajuan dan menambah lebih banyak data untuk pas prabayar bulanannya.

Bermula hari ini, pengguna boleh menikmati kelajuan lebih pantas dan kuota internet yang dinaik taraf melalui pas prabayar Hotlink Tanpa Had RM40 dan RM50, serta Hotlink Pantas RM25 dan RM35.

Hotlink Unlimited RM40 (BM)
Hotlink Pantas RM25 (BM)

Pas Prabayar Hotlink Tanpa Had RM40 dan RM50 dinaik taraf dengan kelajuan dua kali ganda serta kuota Polisi Penggunaan Saksama (FUP). Sementara pas Hotlink Pantas RM25 dan RM35 dinaik taraf dengan lebih banyak kuota dan bonus internet.

Rujuk gambar di bawah untuk butiran naik taraf bagi kedua-dua pas prabayar tersebut.

Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk membeli pas harian atau mingguan, yang memberikan lebih fleksibiliti. Sementara belia berumur di bawah 24 tahun boleh menikmati pulangan tunai 20% dengan setiap pembelian pas internet bulanan.

Untuk butiran lanjut mengenai pas Prabayar Hotlink, layari laman rasmi Hotlink.

Berkaitan

  • Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar
  • Maxis Dan China Mobile International Jalin Kerjasama Strategik Tingkatkan Inovasi 5G Dan Digital Di Malaysia
  • Maxis Jadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Tawar GPU Sebagai Perkhidmatan Kepada Pelanggan Malaysia
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Siaran Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY