Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Watch 6 1

HONOR Watch 6 Perkenal Mod Badminton Dan Bola Sepak, Harga Bermula RM699

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

HONOR hari ini secara rasminya mengumumkan ketibaan peranti boleh pakai terbaru mereka, HONOR Watch 6 di Malaysia.

Direka khas untuk mereka yang aktif bersukan, jam pintar ini memperkenalkan dua mod sukan profesional iaitu Badminton dan Bola Sepak di mana ia mampu menjejak pergerakan dengan lebih tepat serta membantu pengguna mengoptimumkan prestasi ketika bermain.

HONOR Watch 6 2
Mod Badminton Profesional menyediakan analisis pukulan terperinci dengan menjejaki kelajuan hayunan, kuasa pukulan, jumlah hayunan dan bilangan pukulan berturut-turut tertinggi. Ia turut mengkategorikan jenis pukulan tertentu, termasuk pukulan smash dan clear, selain menganalisis teknik pukulan bagi mengira nisbah pukulan depan kepada pukulan kilas serta nisbah pukulan atas kepala kepada pukulan bawah tangan.

Dengan bateri berkapasiti besar 980mAh serta dikuasakan oleh cip berkecekapan tinggi, HONOR Watch 6 menawarkan hayat bateri ultra panjang sehingga 35 hari dengan sekali pengecasan, atau sehingga 42 jam apabila mod GPS diaktifkan.

Ketahanan ini sekali gus menjadikannya teman ideal untuk aktiviti luar, pengembaraan, dan rutin kecergasan harian.

HONOR Watch 6 tersedia dalam pilihan warna Shadow Black dengan tali fluoroelastomer pada harga RM699, manakala varian Twilight Brown pula dilengkapi tali kulit dan dijual pada harga RM799.

HONOR Watch 6 Now Available KV

Jam tangan ini sudah boleh dibeli di HONOR Experience Store di seluruh negara, kedai dalam talian HONOR serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • Tewaskan iPhone 17 Pro, HONOR Magic V6 Bolot Dua Anugerah Utama Di GLOMO Awards Asia 2026
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • ASUS Perkenal Casing PC Baharu Dengan Kaca Melengkung Gred Aeroangkasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY